Tujuan sir membangunkan laman web ini bagi membantu murid Tahun 3 memahami konsep pecahan seperti pecahan wajar, tak wajar, setara, nombor bercampur, serta operasi tambah dan tolak secara interaktif dan menyeronokkan. Melalui penggunaan animasi, gambar rajah, kuiz digital dan aktiviti visual, murid dapat menguasai konsep dengan lebih berkesan, selaras dengan keperluan DSKP Matematik KSSR. Ia juga direka bentuk supaya mesra pengguna dan mudah diakses oleh guru serta ibu bapa sebagai bahan bantu mengajar di rumah atau di sekolah.