A. MATLAMAT
Mempertingkatkan prestasi murid dalam semua mata pelajaran yang dipelajari dan menyediakan murid untuk keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di semua peringkat.
Mempertingkatkan keterampilan berbahasa dalam kalangan murid.
Mempertingkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis, kreatif dan inovatif.
Mempertingkatkan lagi mutu kerja guru melalui kursus-kursus dalaman, mesyuarat kurikulum dan panitia, perbincangan, pencerapan dan pendedahan mengenai isu-isu / perkara / teknik yang baharu dalam pendidikan.
B. OBJEKTIF
Murid mencapai kejayaan :
Sekurang-kurangnya 20% semua A dalam peperiksaan dalaman.
Sekurang-kurangnya 50% kurang daripada GP 2.0 dalam SPM.
Sekurang-kurangnya 24% semua A dalam SPM.
Sekurang-kurangnya GPS SPM 1.61.
GPS PAT / Percubaan PT3 / Percubaan SPM bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 4:
i. Tingkatan 1 : 2.50
ii. Tingkatan 2 : 2.40
iii. Tingkatan 3 : 2.00
iv. Tingkatan 4 : 3.50
v. Tingkatan 5 : 2.90
Mencapai tahap penguasaan 6 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), termasuk PAJSK.
Menilai psikometrik murid.
Memperkasakan PdPc guru.
C. FOKUS
Mempertingkatkan kecemerlangan proses pembelajaran dan pemudahcaraan.
Memupuk budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan murid dan guru.
Menerapkan budaya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Mengamalkan ciri-ciri PAK-21 berdasarkan standard 4 dalam SKPM Kualiti @ Sekolah (SK@S).
Membudayakan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru.
Membudayakan STEM bagi menyediakan murid yang boleh memenuhi keperluan pasaran Revolusi Industri 4.0.
Memperkasa kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid dan guru terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Memperkasa kemahiran digital dan inovasi dalam kalangan guru.
D. DASAR DAN PERANCANGAN
Pelaksanaan PAK-21 dan Pembudayaan KBAT:
Memberi penumpuan kepada kaedah Pembelajaran Berpusatkan Murid.
Melaksanakan Kaedah Pembelajaran Terbeza iaitu PdPC dirancang mengikut :
- Gaya pembelajaran murid
- Kesediaan murid
- Minat murid
Mewujudkan ekosistem pembelajaran yang berasaskan PAK-21.
PAK-21 perlu diamalkan dalam PdPC ada setiap masa.
Mengamalkan budaya KBAT merentas kurikulum.
Menggunakan Data Driven membuat pengunjuran prestasi akademik murid serta menggunakan data psikometrik murid bagi merancang program peningkatan prestasi mereka.
Meningkatkan tahap kompetensi guru dalam KBAT melalui latihan pembangunan profesional yang dirancang secara komprehensif, intensif dan berterusan.
Menyediakan kemudahan dan prasarana yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid.
Guru perlu menggalakkan murid memberi pandangan dan membuat keputusan serta mampu menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar kehidupan semasa PdPc berlangsung.
Soalan yang dihasilkan hendaklah mendorong murid menghasilkan idea dan penyelesaian yang kreatif bersesuaian dengan soalan peperiksaan.
2. Pencerapan PdPC Guru :
Pencerapan PdPC untuk penambahbaikan.
Dijalankan oleh semua guru kanan mata pelajaran.
Guru akan dicerap oleh guru kanan bidang masing-masing.
Guru kanan mata pelajaran perlu berbincang dan membimbing guru untuk penambahbaikan.
Penilaian menggunakan instrumen standard 4 SKPM Kualiti @ Sekolah (SK@S).
3. Pembugaran PLC :
Mewujudkan JK Pelaksanaan PLC bagi memantau pelaksanaan Project Based Learning (PLC).
Mewajibkan setiap Panitia untuk melaksanakan sekurang-kurangnya dua aktiviti PLC setahun.
Panitia yang mempunyai keahlian yang kecil dibenarkan bergabung dengan panitia lain dalam melaksanakan aktiviti PLC.
4. Standard Amalan Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPC) :
5 minit pertama adalah motivasi (boleh dalam bentuk adab belajar).
Penggunaan ICT dalam PdPc.
Melindungi masa instruksional.
Memaklumkan secara terus kepada pihak pengurusan dan pejabat sekolah ketidakhadiran atas sebab kes kecemasan.
Penyediaan RPT dan e-RPH wajib merujuk kepada DSKP KSSM bagi semua tingkatan.
5. Semakan Buku Latihan :
Guru kanan akan memeriksa buku latihan secara tidak formal sepanjang tahun (direkodkan) dan secara formal 2 kali setahun (5 buah buku).
Pemantauan pengurusan berdasarkan Sistem Pemantauan Berkualiti sepanjang bulan Mac dan September :
i. Tingkatan 5 – Pengetua & semua guru kanan mata pelajaran
ii. Tingkatan 4 – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid & semua guru kanan mata pelajaran
iii. Tingkatan 3 – Penolong Kanan Pentadbiran & semua guru kanan mata pelajaran
iv. Tingkatan 2 – Penolong Kanan Kokurikulum & semua guru kanan mata pelajaran
v. Tingkatan 1 – Penolong Kanan Pentadbiran & semua guru kanan mata pelajaran
6. Menggunakan Aplikasi ISIS, dan Head Count dalam Analisis Peperiksaan :
Guru dan Ketua Panitia menggunakan aplikasi ini untuk menganalisis prestasi subjek yang diajar.
Analisis item digunakan dalam setiap pasca nilai peperiksaan dan dalam intervensi PdPC.
7. Kelas Persediaan Berfokus
Dijalankan setiap hari Jumaat (Tingkatan 5) dan hari Sabtu (Tingkatan 1 hingga 4) mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
8. Perkembangan Staf :
Sekurang-kurangnya lima hari setahun anjuran pihak sekolah berdasarkan TNA dan SKPM Kualiti @ Sekolah (SK@S).
9. Motivasi & Perkembangan Staf Dalam Panitia :
Menambah bilangan guru cemerlang.
Penyelarasan dan penataran skema peperiksaan.
Penghayatan amalan terbaik dalam profesionalisme keguruan.
Sistem bimbingan dan pementoran (Coaching & Mentoring) bagi guru-guru baharu / guru cemerlang.
10. Pengucapan Awam / Jati Diri :
Program pengucapan awam bertemakan isu-isu semasa melibatkan semua murid.
Murid-murid tingkatan 5 yang telah dikenal pasti tiada keyakinan dalam pengucapan awam akan diminta membuat pengucapan dalam bahasa Inggeris selama 5 minit setiap hari dalam perhimpunan (bergantung pada situasi semasa).
11. Budaya Membaca :
Pemberian bintang setiap tiga bulan sekali mengikut bilangan dan jenis buku yang dibaca (ditentukan oleh Penyelaras Nilam).
Hadiah akhir kepada pengumpul bintang yang mencapai tahap yang ditentukan oleh Penyelaras Nilam.
12. Tahap Akademik Untuk Mewakili Sekolah :
Tingkatan 1, 2 dan 3 – memperolehi minimum 50 markah dalam semua subjek.
Tingkatan 4 dan 5 – memperolehi mínimum 40 markah dalam subjek elektif.
Tidak terlibat dengan kes disiplin berat.
Kebenaran khas daripada Penolong Kanan Pentadbiran.
13. Kajian Tindakan :
Setiap bidang melaksanakan sekurang-kurangnya SATU kajian tindakan bagi sesi persekolahan tahun berkenaan.
Menggalakkan semua guru untuk melaksanakan kajian tindakan.
Pemberian penghargaan semasa Majlis Anugerah Cemerlang.
KEMBALI