Bidang menggambar dan membuat corak dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah memainkan peranan penting dalam memperkembangkan daya kreativiti, imaginasi, serta kemahiran motor halus murid. Menggambar dapat membantu murid mengekspresikan idea, perasaan, dan pengalaman mereka dalam bentuk visual, sambil mengasah kemahiran memerhati, mengenali bentuk, warna, dan tekstur. Murid juga dapat mempraktikkan koordinasi mata dan tangan serta meneroka pelbagai elemen seni seperti garis dan warna. Sementara itu, aktiviti membuat corak melibatkan penyusunan elemen secara berulang, di mana murid belajar tentang pola, simetri, dan irama dan pergerakan melalui pelbagai teknik seperti mencetak dan melukis. Aktiviti ini mengukuhkan pemahaman murid tentang konsep rekaan yang seimbang dan harmoni, sekaligus membina asas yang kukuh dalam seni visual. . Kedua-dua bidang ini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan boleh menjadi sumber pendapatan. Pelajar akan dapat mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan Seni Visual dalam penghasilan karya dengan menggabungkan teknologi pembelajaran digital terkini.
Program : Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda
Kursus : Rekabentuk Corak dan Rekaan
Kod : PSVK3293
Semester : Semester I
Tahun : Tahun 2
CLO/HPK 3:
Membincangkan proses penghasilan serta aktiviti membuat corak dan rekaan dalam sesi apresiasi. (C5, HPP2, KKG9)
Hasrat Pembelajaran :
Saya belajar menghasilkan produk dengan menggunakan gabungan perisian untuk persembahan yang dipilih.
Kriteria Kejayaan :
Saya dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan perisian untuk persembahan yang dipilih.
Big Idea (TBI) : Eksplorasi Pemacu Visualisasi Kreatif