TAHNIAH buat pasukan Uncool Kids bawah bimbingan Cikgu Irene (dibantu Cikgu Yiak PW dan Cikgu Azlan) atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan PBL STEM SM Peringkat Daerah Miri. Tambah menggembirakan apabila mereka juga dipilih untuk menerima Anugerah Khas Juri dalam pertandingan ini.
Syabas juga diucapkan kepada Cikgu Josephine, Duta Guru kita bersama seluruh warga kerja guru yang banyak membantu persiapan pertandingan, termasuk rakan-rakan yang menjayakan showcase PBL STEM di Pustaka Miri.
Penganjuran ini suatu kejayaan baru sekolah dalam melestarikan pendidikan STEM bersepadu melalui aktiviti PBL STEM di peringkat daerah.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Cikgu Siti Rozaidah, Cikgu Ida, Cikgu Yaty, dan Cikgu Tie untuk inovasi 'The Mini Stool WAQF Project' yang memenangi Bronze Award dalam World Youth STEM Invention Innovation (WYSII) 2022.
Penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada pasukan Musafir (Ustazah Ummi, Ustaz Suriady, dan Ustazah Maznah), serta pasukan The Colour of Life (Cikgu Stephanie) atas usaha dan penyertaan.
EMAS: AVO
EMAS: Musafir
EMAS: BriOna
GANGSA: I'm the Richest
Panitia Matematik dan Sains (Tingkatan 1 - 5)
Mesyuarat Jerayawara Program STEMEC
(Menyebarkan maklumat tentang Pendidikan STEM)
(Mesyuarat STEAM Peringkat Daerah Miri)