Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara Azman (1) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tengku Bendahara Azman (1). Bangunan sekolah ini didirikan di atas bekas lapangan terbang lama yang dibina pada zaman pemerintahan Jepun.
Pada awal penubuhan, sekolah hanya mempunyai 2 blok bangunan yang menempatkan 13 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru.
Dinding bangunan ini ialah batu-bata yang tidak dilepa dengan simen. Pada tahun 1972, sebuah lagi blok bangunan didirikan yang mengandungi 5 buah bilik darjah, sebuah dewan yang juga dijadikan bilik darjah dan sebuah bilik pejabat. Kemudian pada tahun 1981 sebuah blok bangunan didirikan mengandungi 2 buah bilik untuk perpustakaan dan sebuah bilik untuk klinik gigi.
Pada tahun 1985 pula, didirikan sebuah blok bangunan satu tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain di sekolah ini seperti bilik komputer, kantin, surau (asalnya bilik darjah) dan padang bola. Nama sekolah dinamakan sempena nama Tengku Bendahara Selangor (Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah).
Profil Sekolah
Kod Sekolah : BBB0034
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara Azman (1)
Gred Sekolah : B
Sidang : Pagi sahaja
Lokasi : Bandar
Jenis Sekolah : Sekolah Kebangsaan
Model : Sekolah Biasa
Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Peringkat Sekolah : Prasekolah dan Rendah
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan
Bil. Bilik Darjah : 14
Bilangan Murid : 326 orang
Nama Majlis Bandaran/ : Majlis Pembandaran Klang
Kerajaan Tempatan
Daerah Pentadbiran : Klang
Kawasan Parlimen : Klang
Dewan Undangan Negeri : Pelabuhan Klang
Alamat Sekolah : Lorong Sabah, Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.
No Telefon : 03-31686648
No Faks : 03-31686648
Laman Web : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/one-touch-1skuba
Facebook : https://www.facebook.com/share/1HaAxHyLzY/?mibextid=wwXIfr
Emel : bbb0034@moe.edu.my