AMANAT PUAN TAH NIAH BINTI HAJI JAMAN

"OK9 Talent dilaksanakan untuk menjadi pelengkap kepada Oasis Kecemerlangan Sembilan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Pelancaran OK9 Talent menumpu kepada kemenjadian murid dari segi sukan dan kokurikulum serta merupakan pusat sehenti kepada segala maklumat seterusnya menjadi panduan kepada guru-guru dan juga murid-murid di PPD Kota Kinabalu dan dalam masa yang sama boleh diakses oleh mereka yang berada di luar PPD Kota Kinabalu. Kita mengharapkan dengan wujudnya projek OK9 Talent ini, kita mampu mengatasi isu-isu masa kini, dan memberi alternatif kepada guru-guru dan para pelajar. Kita seharusnya mempunyai inisiatif, mencuba jaya dan berusaha untuk memastikan kita menang dalam cabaran menjadikan pendidikan kita sentiasa cemerlang dari masa ke semasa."

-Petikan ucapan sempena pelancaran OK9 Talent, 14 Julai 2021

KATA-KATA SEMANGAT

TUAN BUNSU BIN GAGA

"Kita yakin melalui projek OK9 Talent ini kita dapat memaksimumkan penyertaan para pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan sekurang-kurangnya di peringkat daerah Kota Kinabalu. KIta menyediakan modul rancangan aktiviti sukan dan permainan serta kokurikulum bagi memudahkan guru-guru di sekolah untuk melaksanakan perjumpaan mingguan kokurikulum. Pelaksanaan OK9 Talent juga lebih sesuai dengan fasa sekarang di mana penghantaran borang Ro1 dan Mo1 boleh dilakukan secara dalam talian. Cara ini lebih fleksibel dan dapat menjimatkan masa. Kita berharap pelaksanaan projek OK9 Talent ini dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri para pelajar di era masa yang sangat mencabar ini, dan secara tidak langsung memberi manfaat pada kemenjadian para pelajar di seluruh Kota Kinabalu."

-Petikan ucapan sempena pelancaran OK9 Talent, 14 Julai 2021

ENCIK MOHD SAIFUL WAHIDI BIN TAJUDIN

Pengarah Projek OK9 TALENT

"Pandemik Covid-19 bukanlah penghalang kepada aktiviti sukan dan kokurikulum daripada terus berkembang. Kita hendaklah menjadikan suatu kesukaran itu sabagai pemangkin kepada idea yang lebih besar dan ke hadapan. Melalui kerangka konsep OK9 Talent yang sentiasa ditambah baik oleh idea dari organisasi PPD KK itu sendiri maka terhasilnya OK9 Talent yang berkonsep menyeluruh dalam pengurusan bakat murid. Kita mensasarkan untuk menjadikan platform ini sebagai one stop centre agar maklumat berkaitan sukan dan kokurikulum berada di hujung jari. Juga dalam masa yang sama dapat membantu sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam pencapaian SKPMg2 Standard 3.2. "

-Petikan ucapan sempena pelancaran OK9 Talent, 14 Julai 2021


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID

PPD KOTA KINABALU

PENGURUSAN TERTINGGI

PPD KOTA KINABALU