APA ITU OBE?
PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL BAGI KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education -OBE)
OBE adalah suatu yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum penilaian dan laporan pendidikan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan tamat pengajian di kolej. OBE akan berfokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di Kolej Vokasional.
Terdapat tiga (3) falsafah utama OBE iaitu :
a. Rekabentuk Kurikulum
b. Pengajaran dan Pembelajaran
c. Pentaksiran dan Penilaian
OBE lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih berfokus kepada jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan , kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pembelajaran di Kolej Vokasional.
OBE menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan :
a. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
b. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan.
c. Menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.
Secara keseluruhan OBE akan memfokuskan kepada empat(4) elemen yang utama dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu:
a. Perancangan (Planning)
b. Pelaksanaan (Implementation)
c. Pemantauan (Pemantauan)
d. Penilaian (Assessment)
Segala penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan perancangan dan kejayaan yang dicapai. perancangan yang dirancang haruslah menjurus kepada objektif dan hasil pembelajaran program yang telah dibentuk. Analisa hasil yang dicapai samaada tercapai atau tidak bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang telah ditetapkan . Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti pencapaian setiap pelajar. Jika pencapaian berada di bawah sasaran yang ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) akan dibuat.