Saya sebagai guru matematik SK Oran merancang mengadakan latihan dan bimbingan kepada guru SK Oran melaksanakan sekurang-kurangnya 12 sesi latihan setiap tahun.
Saya akan mengadakan bengkel bulanan bagi guru - guru di sekolah saya sebanyak 12 kali
Mengadakan latihan secara peer coaching
Mengadakan bengkel kepada guru- guru PKP Jejawi setiap 3 bulan sekali.
Bagi guru- guru yang tidak dapat hadir saya akan menggunakan google meet.
Saya akan menyediakan soal selidik menggunakan Google forms bagi mengenalpasti keperluan peserta
Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan, seperti aktiviti interaktif.
Selain itu, saya akan mengumpul maklum balas peserta untuk memperbaiki sesi latihan pada masa hadapan.