SELAMAT DATANG KE KELAS BENTUK BERSAMA CIKGU AINA!
Dalam kehidupan seharian, kita dikelilingi oleh pelbagai bentuk. Dari pinggan yang bulat hingga kotak mainan berbentuk kubus. Laman web ini dibina khas untuk membantu murid Tahun 2 mengenali dan membezakan bentuk 2D dan 3D dengan cara yang menyeronokkan, interaktif dan mudah difahami.
Pada akhir aktiviti pembelajaran, murid dapat:
Menamakan sekurang-kurangnya 5 bentuk tiga dimensi seperti kubus, kon, silinder, dan sfera dengan betul.
Memerihalkan ciri-ciri bentuk 3D seperti permukaan, sisi, bucu dan muka menggunakan objek sebenar atau gambarajah.
Menamakan sekurang-kurangnya 4 bentuk dua dimensi seperti bulatan, segi empat tepat, segi tiga dan segi empat sama.
Menyusun dan menghasilkan corak menggunakan pelbagai bentuk dua dan tiga dimensi secara kreatif.
Mengaitkan bentuk-bentuk tersebut dengan objek harian, seperti bola, tin, kotak hadiah, pinggan dan bendera.
Laman ini juga menyokong kemahiran abad ke-21 dengan penggunaan teknologi digital, aktiviti berasaskan kolaborasi serta penilaian interaktif.
Jom teroka dunia bentuk dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan! â¨
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRANÂ
TAHUN 2 KSSR
Standard Pembelajaran:
7.1.1 Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama, silinder dan sfera.
7.1.2 Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi.
Standard Pembelajaran:
7.2.1 Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.
7.2.2 Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu dan lengkung bagi bentuk dua dimensi.