Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan akviti-aktiviti kemahiran berpengakap , Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.
Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-Kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih SATU lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahli Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu.
Lencana Keris Gangsa.
Lencana Keris Perak.
Lencana Keris Emas.
Disamping itu, Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan.