Ejaan mengikut hukum dalam tulisan Jawi merujuk kepada kaedah penulisan yang berdasarkan peraturan tertentu bagi memastikan ketepatan dan keseragaman ejaan. Hukum ini merangkumi penggunaan huruf vokal, konsonan, dan tanda bacaan dalam menyesuaikan tulisan Jawi dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Ejaan ini merangkumi hukum-hukum seperti hukum darlung dan bukan darlung, Hukum ka dan ga, perkataan satu suku kata, perkataan dua suku kata dan lebih, kata ganda, homograf, diftong dan kata pinjaman.
Hukum Darlung
Terdapat lima hukum darlung iaitu dal (د), ra (ر), lam ((ل, wau (و), dan nga (ڠ). Berdasarkan hukum ini, jika terdapat perkataan (dua suku kata), yang kedua suku kata itu diakhiri dengan vokal /a/, maka perkataan tersebut hendaklah dieja dengan menambah alif dengan syarat suku kata akhir hendaklah dimulai dengan satu daripada huruf-huruf di atas.
CONTOH:
Hukum Bukan Darlung/ Luar Darlung
Hukum luar darlung berdasarkan syarat yang sama seperti hukum darlung, kecuali suku kata akhirnya dimulai dengan salah satu huruf selain huruf dal ((د, ra (ر), lam ((ل, wau (و), dan nga (ڠ). Berdasarkan hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali jika berlaku homograf atau untuk mengelakkan berlaku.
CONTOH:
Hukum ka dan ga melibatkan kata yang berakhir dengan bunyi ka atau ga dalam bahasa Melayu jati. Huruf ka dan ga pada suku kata terakhir perkataan tersebut tidak diberi huruf alif.
CONTOH:
Setiap perkataan yang terdiri daripada satu suku kata dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tidak ditulis huruf alif ( ا ) di tengahnya. Setiap suku kata yang dimulai dengan huruf wau ( و ) hendaklah diwujudkan huruf alif ditengahnya.
CONTOH:
Bunyi vokal (a) pada suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif. Hukum ini dikenali juga sebagai Hukum Ha dan Aha.
Perkataan Dua Suku Kata
CONTOH:
Kata ulang penuh hendaklah ditulis dengan angka dua Arab ( ٢ )sahaja. Kata ulang berirama atau perubahan bunyi hendaklah ditulis dengan tanda sempang ( - ). Kata ganda berimbuhan juga hendaklah ditulis dengan tanda sempang ( - ).
Kata Ganda Penuh
CONTOH:
Kata Ganda Berimbuhan
CONTOH:
Kaedah Homograf terbahagi kepada dua, iaitu Homograf Hakiki dan Homograf lidak hakiki.
Homograt Tidak Hakiki
Dalam hal ini terdapat dua vokal, iaitu /a/ dan /e/ pepet yang hadir dalam sistem ejaan Jawi. Untuk mengelakkan kekeliruan tersebut, huruf alif ( ا ) ditulis untuk vokal /a/ jika perkataan tersebut boleh mengubah makna.
CONTOH:
Dalam sistem ejaan Jawi terdapat tiga bentuk diftong yang digunakan, iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Dalam sistem ejaan Jawi baharu masalah diftong dapat diselesaikan. Huruf hamzah hanya dihadirkan bagi diftong pada awal perkataan yang dimulai hurut vokal seperti al, au, dan oi. Huruf hamzah tidak dihadirkan bagi diftong pada awal, tengah, dan akhir perkataan bagi suku kata tertutup.
(i) Diftong /ai/
CONTOH: Diftong /ai/ yang pada tengah perkataan dieja dengan huruf (alif, ya).
CONTOH: Diftong /ai/ yang pada akhir perkataan dieja dengan huruf (alif, ya).
ii) Diftong /au/
CONTOH: Diftong /au/ yang pada akhir perkataan dieja dengan huruf (alif, wau).
(i) Bahasa Arab dan Istilah Agama
Terdapat dua sistem mengeja kata-kata pinjaman ini, iaitu:
(a) Kata bahasa Arab yang menjadi istilah agama hendaklah dieja seperti ejaan asalnya.
(b) Kata-kata bahasa Arab yang lazim digunakan dieja menurut bahasa Melayu.
CONTOH:
(ii) Bahasa Inggeris
Kata pinjaman daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris hendaklah dikekalkan bentuk bunyinya serta sedikit penyelarasan dengan kaedah ejaan bahasa Melayu. Bunyi glotal dilambangkan dengan huruf kaf.
CONTOH: