KELEBIHAN/KEKUATAN
Secara ringkasnya, aplikasi interaksi dalam pembelajaran digital sebenarnya sangat menarik untuk dijalankan dalam sesi pembelajaran. Hal ini kerana, dapat merangsang minat pelajar dalam perkembangan minda mereka agar sentiasa berhubung ketika belajar. Murid tidak akan berasa jemu atau bosan dengan kaedah seperti ini. Contohnya,aplikasi Nearpod dan Wordwall yang yang mengandungi pelbagai permainan interaktif.
Walaubagaimanapun, ini juga merupakan satu cabaran bagi saya sebagai seorang guru dalam mempertingkat Kemahiran dan kecekapan menggunakan aplikasi-aplikasi ini.Misalnya,saya mengambil masa yang agak lama untuk mengendali aplikasi interkatif ini. Selain itu, tugas guru juga dalah untuk membimbing murid agar turut mahir menggunakan aplikasi interaktif yang kesannya dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran secara digital dengan lancar.
Justeru, saya mengambil inisiatif bagi memperkasa Kemahiran dengan menyertai kursus Kemahiran pembelajaran digital sebagai satu titik penambahbaikan diri dan latihan kecekapan. Selain itu, saya juga banyak merujuk dan berbincang bersama rakan yang lebih pakar dalam menggunakan aplikasi interaktif ini.