Blog ini akan mengumpulkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab STEM SK Babagon, Penampang sepanjang tahun.
STEM merupakan singkatan dari perkataan Science Technology Engineering & Mathematics. Kelab ini merupakan salah satu kelab di SK Babagon, Penampang. Bergiat aktif dalam aktiviti STEM sejak 2021 memandangkan aktiviti STEM ini adalah kebitaraan bagi sekolah ini. Murid-murid yang menjadi ahli kelab adalah merupakan ahli dari Kelab Matematik dan Kelab Sains sebelum ini. Penubuhan Kelab ini adalah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia yang sangat menggalakkan aktiviti berbentuk sains dan matematik kepada murid sekolah.
Melahirkan murid yang berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenal pasti, mengaplikasi dan mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM dalam konteks dunia sebenar serta menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka seterusnya berdaya saing di peringkat Global.
1. Mengaplikasikan konsep pendidikan STEM dan amalan PdP terbaik.
2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang mengaplikasikan Pendidikan STEM yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
Pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara:
Formal berdasarkan kurikulum.
2. Bukan formal melalui aktiviti koakademik dan kokurikulum
3. Tidak formal melalui pembelajaran tidak langsung
Pada setiap peringkat umur bermula dari peringkat awal kanak-kanak, pendidikan rendah, pendidikan menengah rendah, menengah atas, tertiari dan pada peringkat industri/ komuniti.