PENGUMUMAN PUSINGAN AKHIR
PENGUMUMAN PUSINGAN AKHIR
PENGUMUMAN PENTING BAGI PESERTA-PESERTA KATEGORI ROBOT BERAUTONOMI MIKROBOTIK PERINGKAT AKHIR MYRC 2024
Bagi melancarkan proses penjurian dan penilaian pertandingan, pihak penganjur telah bersetuju untuk mengumumkan lokasi tempat mula, arah permulaan robot, titik markah dan tempat tamat lebih awal dari yang sepatutnya. Berikut adalah garis panduan berhubung ketetapan baru ini.
1) Kesemua pasukan dari Kumpulan 1 (sesi 19hb Ogos) dan Kumpulan 2 (sesi 20hb Ogos) akan diberikan lokasi tempat mula, arah permulaan robot, titik markah dan tempat tamat yang sama.
2) Lokasi tempat mula, arah permulaan robot, titik markah dan tempat tamat akan *diumumkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat 9hb. Ogos 2024, pukul 5 petang.*
3) Peserta pelajar *tidak dibenarkan untuk membawa* sebarang buku atau catatan atau peranti seperti laptop, telefon pintar, tablet dan lain-lain ke zon pertandingan bermula dari sesi kuarantin sehingga tamat sesi pertandingan.
4) Kesemua peserta pelajar dari setiap pasukan hanya dibenarkan untuk *menggunakan laptop yang disediakan oleh penganjur* pada hari pertandingan, bermula dari sesi kuarantin hingga tamat sesi pertandingan.
5) Setiap pasukan akan disediakan sebuah laptop yang telah siap dimuat naik dengan perisian pengekodan mBlock-PC version 5.4.3. dan Arduino IDE 5.3.2. Sekiranya peserta berhajat menggunakan apa-apa jenis “library” Aduino IDE atau perisian yang lain sila maklumkan di dalam google form di bawah. Adalah diingatkan bahawa *penggunaan “library” Arduino IDE tidak dianggap sebagai “low level coding”.*
Dimohon guru pembimbing setiap pasukan kategori Robot Berautonomi Mikrobotik dapat *mengisi google form di bawah* untuk memastikan keperluan jenis perisian pengekodan dapat disediakan dengan tepat.
Pautan Google Form : https://forms.gle/kNhvV9i6GpaDxnsA8
Keperluan Jenis Perisian pengekodan klik disini