Saya Rosita binti Abdullah Guru Peprpustakaan Media, SMK Tuanku Lailatul Shahreen. Sebagai seorang guru Perpustakaan dan Media, saya amat komited untuk memperkasakan para pendidik dalam memanfaatkan teknologi Google secara efektif untuk pembelajaran.
Dengan latar belakang dalam bidang pendidikan dan teknologi, pengalaman saya sebagai seorang GPM selama 10 tahun, saya memahami keperluan guru-guru dalam mengintegrasikan alat-alat digital yang mampu meningkatkan pengajaran dan pengalaman pembelajaran murid.
Saya berhasrat untuk menjadi Google Certified Trainer agar saya dapat meningkatkan pengetahuan saya selari dengan perkembangan teknologi hari ini yang semakin mencabar. Tujuan saya adalah membantu mereka meneroka, memahami, dan mengaplikasikan teknologi Google untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, kolaboratif, dan menarik.
Disamping itu saya berhasrat menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai Platform pembelajaran yang efektif dilengkapi dengan pelbagai aplikasi pembelajaran digital seperti Google Classroom, Google Sites, dan Google Forms agar memudahkan pelajar dan guru untuk berinteraksi secara dalam talian. Bahan-bahan pembelajaran juga dapat dikongsi secara maya melalui platform ini, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kendiri murid dan juga guru. Buku-buku juga boleh didapati dari Rak Maya sekolah yang dibina dari Google Slide dengan mudah dan menarik.
Pusat sumber yang mesra teknologi, akan mampu merangsang minat pelajar terhadap STEM melalui aktiviti interaktif seperti robotik dan simulasi sains. Peningkatan ini bukan sahaja menjadikan pusat sumber lebih relevan, tetapi turut membantu guru dalam melakasanakan pedagogi serta dapat melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi ledakan dunia digital yang mencabar.
BIODATA