KE MANA SELEPAS TINGKATAN 3 (2022/2023) ?
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) Tingkatan 4 bagi Tahun 2023
Permohonan boleh dibuat melalui URL berikut: https://spskt4.moe.gov.my/
Info berkaitan MTD di URL berikut: https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_mtd.cfm
Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 30 September - 30 November 2022.
NAK PILIH PAKEJ APA UNTUK TINGKATAN 4?
KE MANA SELEPAS SPM ?
PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2022/2023
Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2022/2023. Kategori permohonan lepasan SPM & STPM/Setaraf tertera di infografik (SPM 2021 - KATEGORI A).
TARIKH PERMOHONAN UPUOnline :
Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari | Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang.
Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi : 📍 https://upu.mohe.gov.my
Untuk mengetahui markah Ko-Kurikulum semasa mengira mata merit dalam UPUOnline...
Boleh semak di laman sesawang 📍https://pajsk.moe.gov.my/pajskm/murid/indexMurid.php?SistemPAJSK=MURID
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 dibuka pada 15 Mac-15 April 2022.
Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my
-kemaskini pada 7 Mac 2022-
TARIKH PENTING: #Kemaskini Permohonan/baharu (Jun 2022) #Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima (Julai 2022). #Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (Julai 2022). #Keputusan(Julai 2022). #Semakan tawaran fasa 2(Ogos 2022)
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035
PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2022.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2022 (11:59 MALAM)
Makluman awal berkaitan permohonan program PISMP laluan khas Ambilan 2022. Untuk makluman juga, bagi ambilan tahun 2022, tiada laluan khas untuk SSM kerana tiada kursus Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK -SK) dibuka pd tahun 2022.
KE MANA SELEPAS TINGKATAN 3 (2021/2022) ?
LAIN-LAIN PENDIDIKAN MENENGAH KPM