PROGRAM UBK BERSAMA MURID & PARENTS
#KiasKuKenalDiriKu2021
Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM).
📌 Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenaraihitamkan dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.
SIJIL PENYERTAAN
1. Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan kepada murid yang berjaya mencapai skor minima ujian.
2. Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke ujian saringan kedua. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2.
3. Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di pautan https://pelajar.permatapintar.ukm.my/ .
#SekolahkuSejahtera
#KPMPrihatin
#KeluargaMalaysia