Sejajar perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan dan komunikasi, Unit Pusat Sumber Sekolah, dengan kerjasama Unit ICT dan Pengurusan sekolah telah bersetuju untuk mengusul penubuhan Channel MSYS (TVPSS) SK Bukit Mutiara. Ianya juga bagi memenuhi instrumen penilaian Pusat Sumber Cemerlang serta menyambut baik hasrat serta saranan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang menggalakkan penubuhan channel TVPSS di setiap sekolah.Penubuhan channel TV ini mendokong matlamat membentuk murid-murid yang mempunyai nilai tambah, berkualiti serta mampu bersaing di pasaran terbuka selepas alam persekolahan dan mempunyai jati diri yang beracuan negara Malaysia.