NORHAYATI BINTI HARON
GURU BESAR SK SETIAWANGSA
Alamat: Jalan Setiawangsa 13,
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-42528019
e-mel: wba0058.edu.my
Impak penularan wabak COVID-19 dan situasi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) telah mengubah landskap pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negara terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum. Meskipun pandemik Covid-19 masih melanda negara kita, ini tidak mematahkan semangat Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengadakan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) Tahun 2021. Meskipun, tidak bersemuka Unit Pembangunan Bakat Murid telah merangka pelbagai pertandingan sukan dan kemahiran yang dijalankan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu.
Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dipertanggungjawabkan sebagai Pengelola Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Secara Dalam Talian bagi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) Tahun 2021 untuk peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di mana, sebanyak lima kategori akan dipertandingkan.
Pertandingan kali ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam sukan ragbi. Setiap sekolah perlu menghantar tiga orang peserta yang akan dihakimi melalui rakaman video kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan.
Akhir kalam, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mengelolakan Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Secara Dalam Talian ini buat julung kalinya diadakan. Terima kasih juga, kepada Pengerusi Teknik Sukan Ragbi Kuala Lumpur, semua AJK Pelaksana yang bekerjasama sebagai sebuah pasukan dalam mengelolakan pertandingan ini sehingga kepada tarikh akhir penjurian iaitu 25 September 2021 nanti.
Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat Allah S.W.T agar semua urusan pertandingan berjalan lancar dari mula hingga ke akhirnya.
Sekian, terima kasih.