Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 12 tengah hari.
Kopi O Corner merupakan antara tempat makan di Kuching yang menyediakan pelbagai menu tempatan yang pasti mampu menggamit selera sesiapa sahaja.
Alamat: Lot. 2051, No. 231,Blok 283, Rich Commercial Centre, KNLD, Lorong Liu Shan Bang & Pekan Batu, 7, Kota Sentosa, 93250 Kuching.
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 11 malam.
Serapi Corner merupakan antara restoran yang namanya menjadi sebutan ramai di Kuching. Ulasan pelanggan yang sentiasa positif jelas membuktinya yang restoran ini memang disenangi ramai.
Alamat: Lot. 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching.
Waktu Operasi: Setiap hari.
Mee Kolok adalah menu wajib di Sarawak. Kata orang, melawat Sarawak tanpa mencuba mee kolok bererti anda belum melawat Sarawak. Mee Kolok Pak Amit merupakan antara mee kolok terbaik dan yang paling popular di Kuching.
Mee kolok di sini menghadirkan kuah yang amat pekat dan sedap. Harganya juga amat murah dan berpatutan.
Mee kolok Pak Amit yang paling popular adalah mee kolok udang dengan udang bersaiz sederhana dan beberapa bahan sayuran dan sebagainya menjadikan hidangan ini adalah menu yang pasti dicuba.
Alamat: 5, Q5A, Kampung Kenyalang Park, 93300 Kuching.
Waktu Operasi: 24 jam
Perut berkeroncong pada waktu tengah malam? Singgah sahaja menjamu selera di restoran Mamak ini – New Atmosferah Restaurant.
Antaranya ialah roti canai, maggi goreng Mamak dan naan tandoori. Mereka juga ada menyajikan pizza yang tebal.
Alamat: Taman Kereta (Jalan Green Hill), 93000 Kuching, Sarawak.
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 11 malam.
Kuching yang terkenal dengan pelbagai menu makanan laut ini mempunyai tempat makan yang paling sesuai untuk penggemar makanan laut. Top Spot Foodcourt ini merupakan medan selera yang terdiri daripada berbelas gerai yang menjual makanan laut.
Anda boleh memesan apa saja menu kegemaran anda kerana harganya amat berpatutan. Ikan bakar yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, menu masakan ikan sehinggalah kepada masakan sotong, udang, ketam, kerang-kerangan malahan menu ayam dan daging juga boleh dipesan.
Setiap malam, begitu ramai sekali pengunjung yang menjamu selera di sini terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong dari luar malahan pelancong asing.
Alamat: Lot. 166 & 167, Bangunan Kelolong (Jln Nagor), 93400 Kuching, Sarawak.
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 11 malam.
Satu lagi menu yang popular di Sarawak adalah ayam penyet. Di Kuching, Raja Ayam Penyet menyajikan antara ayam penyet terbaik sesuai dengan namanya.
Melihat pada penampilan kedainya amat ringkas dan seolah-olah warung di tepi jalan, tetapi makanannya benar-benar menenggelamkan rupa kedainya.
Ayam penyet di kedai ini mempunyai gandingan komponen-komponen tersebut yang amat serasi dan sambalnya amat sedap. Ada pelanggan yang sanggup berulang kali ke sini kerana kesedapannya.
Jika anda mencari ayam penyet terbaik di Sarawak, carilah daripada Raja Ayam Penyet, pasti berbaloi merasainya.
Alamat: Kampung Gersik, Kuching.
My Village Barok ini merupakan salah satu lagi tempat makan tumpuan masyarakat di Kuching mahupun pengunjung dari luar. Restoran ini begitu popular bukan sahaja kerana makanannya yang berkualiti, tetapi juga konsep ala-ala kampung yang diterapkannya.
Restoran ini hanya dibuka pada sebelah malam dan berdekatan dengan lokasi pertandingan. Pelbagai makanan yang enak disajikan tetapi antara keunikan yang menggambarkan jati diri Sarawak adalah ‘manuk pansuh’ atau ayam dengan kuah sup yang dimasak di dalam buluh. Isi ayam dengan herba dan sayuran yang dikeluarkan bersama-sama kuahnya dari buluh amat sedap untuk dinikmati ketika masih panas.
Orang luar yang ke Sarawak pastinya perlu mencuba menu ini selain daripada midin goreng belacan yang amat sedap. Terdapat juga umai udang iaitu udang mentah yang digaul bersama limau nipis serta cili padi yang amat-amat membuka selera.
Alamat: No. 40, Kampung Gersik, Kuching.
Waktu Operasi: Setiap hari.
Setiap pengunjung yang meninggalkan Sarawak pasti akan sanggup mengheret pulang kek lapis Sarawak yang begitu popular di seluruh negara.
Kek Lapis Dayang Salhah yang terletak di Kampung Gersik, berhadapan dengan My Village Barok dan berdekatan dengan lokasi pertandingan ini adalah salah satu nama yang amat popular dan acapkali menjadi tumpuan pelancong dari luar.
Terdapat kek pelbagai perisa dan warna yang boleh dipilih. Ada yang dibuat dengan marjerin dan ada juga yang menggunakan mentega asli.
Alamat: Lot.157, Section 47, Kuching.
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 11 petang.
Makanan ala Barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop, French Fries, Mashed Potatoes dan sebagainya di sini disediakan dalam kuantiti yang besar. Khabarnya, itulah sebab mengapa ia dinamakan Sharing Planet.
Kuantiti makanan yang banyak membolehkan anda berkongsi makanan anda jika anda mahu. Harganya pula berpatutan. Suasana restoran juga selesa. Pendek kata, semuanya memuaskan hati di Sharing Planet.
Alamat: Lot.157, Section 47, Kuching.
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam.
Restoran ini diasaskan untuk mengekalkan warisan dan budaya Sarawak serta diilhamkan oleh rasa berwarna-warni yang terdapat dalam masakan tradisional Sarawak.
Restoran ini yang bersebelahan dengan Sharing Downtown menyajikan lebih daripada sekadar makanan tetapi pengalaman menjamu selera etnik Sarawak yang asli dan halal.
Alamat: Jalan Kulas – Haji Taha Interchange, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching.
Waktu Operasi: Jumaat – Rabu, 12 tengah hari – 6.30 petang.
Kedai Swee Kang telah dibuka di Kuching sejak tahun 1953. Sehingga kini, kedai ini sentiasa dipenuhi para pelanggan terutama bermula tengah hari sehingga waktu petang.
Walaupun terpaksa menunggu agak lama pada waktu-waktu itu, para pelanggan merasakan ia berbaloi. Selain ais kacang yang membuatkan ramai orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya, mereka juga turut menarik pelanggan dengan menu ringan yang lain seperti rojak.
Kedai Swee Kang ada membuka cawangan di Jalan Satok serta menggunakan lori untuk berniaga di sekitar Kuching.