Jom Pi Tanjong...Tempat Menarik di Pulau Pinang...
live streaming Badminton di
Jom Pi Tanjong...Tempat Menarik di Pulau Pinang...
Pulau Pinang yang indah sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, serta pelbagai tarikan yang seronok dan menarik. Pulau Pinang juga dikenali dengan panggilan "Tanjong" bagi pendudukan tempatan. Pulau Pinang pernah dinobat sebagai antara destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia untuk bercuti. Lonely Planet dan Los Angeles Times memilih George Town sebagai salah satu bandar pilihan dan pelancongan bagi tahun 2016.
DESTINASI MAKANAN MENARIK DI TANJONG
Makanan paling best di sini bukan di kafe hipster, tapi di gerai yang terdapat di lorong di sekitar sini. Dari passembur hinggalah ke ais kacang. Itu belum lagi mee mamak, char kuey tiow dan nasi kandar dan berbagai jenis masakan utara. Makanan Melayu, Cina dan India semua ada. Antara destinasi syurga makanan menarik di Tanjong ialah :
DESTINASI PELANCONGAN MENARIK DI TANJONG
Memiliki bangunan lama berusia lebih daripada 500 tahun menjadikan George Town kaya dengan sejarah. Maka tidak hairanlah bandar ini menerima pengiktirafan oleh UNESCO. Dari tokong Cina, masjid lama, bangunan milik baba peranakan hinggalah town hall yang pernah dibina oleh British menjadikan senibina di George Town menarik dan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Apabila sebut sahaja mengenai Pulau Pinang pastinya teringat, Jambatan Pulau Pinang ataupun bangunan Komtar yang menjadi ikon bagi negeri yang digelar Pulau Mutiara. Tahniah orang Penang. Banyak tempat menarik di georgetown Pulau Pinang sebenarnya. Sebelum itu, jangan lupa sebelum anda pergi ke tempat tempat menarik yang kami senaraikan di bawah ini, singgah dahulu ke Penang Street Art & Street Art Balik Pulau. Terpapar lukisan-lukisan seni hasil artis jalanan tersohor dunia, Ernest Zacharevic & Julia Volchkova.