MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

ENGLISH COLLEGE JOHOR BAHRU (EC)

SEJARAH MSAB

Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) juga dikenali dengan nama English College (EC), ialah sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Johor , Malaysia.

English College ditubuhkan pada 21 Mac 1914. Pelajar pertamanya terdiri dari 21 pelajar terpilih dari Sekolah Bukit Zahrah. Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya ditempatkan berdekatan dengan Istana Sungai Chat dan berhadapan dengan Pantai Lido. Bekas tapak sekolah ini masih boleh diperhatikan sehingga sekarang. Seramai 21 orang pelajar ditempatkan di EC dibawah tunjuk ajar dua orang guru yang dibawa khas dari England, iaitu Mr. Morrison and Mr. Holman. 21 orang pelajar ini boleh dianggap sebagai pengasas atau permulaaan untuk EC berkembang menjadi institusi pendidikan Inggeris di Johor Bahru.

Pada akhir tahun 1930, lokasi sekolah ini berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Tapak sekolah yang asal hanya meninggalkan batu-batu blok dan sebuah tangga untuk pergi ke batu-batu blok tersebut, dan kesannya boleh dilihat sehingga sekarang. EC yang baru secara rasminya dibuka pada tahun awal tahun 1931. Selepas itu, EC dilihat sebagai sebuah sekolah yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang untuk beberapa tahun.

Sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Maktab_Sultan_Abu_Bakar

Sumber Sistem Maklumat

Berikut merupakan pautan link untuk ke Laman Web Aplikasi Sistem Maklumat KPM