Tali dan ikatan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dan lain-lain.
Buku Sila / Reef Knot
Tindih Kasih / Bowline
Simpul Manuk / Clove Hitch
Simpul Balak / Timber Hitch
Ikatan Seraya
Ikatan Serong
Fungsi:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk mengikat anduh semasa pertolongan cemas.
Teknik:
Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
Masukkan hujung A dibawah B.
Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
Fungsi:
Digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut.
Digunakan untuk mengikat leher binatang seperti lembu supaya tidak terjerut.
Digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai dengan memasukkan tanjul itu di badan mangsa.
Teknik:
Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
Masukkan hujung tali ke bawah dan masukkan kembali ke dalam bulatan itu.
Fungsi:
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan serong.
Teknik:
Mulakan simpul pada kayu.
Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
Tarik hujung tali.
Fungsi:
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan serong.
Teknik:
Lilitkan tali di sekeliling subjek (pokok atau kayu).
Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
Fungsi:
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang dengan sudut tepat.
Teknik:
Rujuk rajah di atas
Fungsi:
Digunakan untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang.
Teknik:
Lilit simpul balak/ manuk pada tempat subjek bersilang.
Lilit pada batang secara serong mengikut arah anak panah (dalam rajah).
Lilit pada bahagian yang lain secara serong yang dapat membentuk tanda pangkah.
Lilit mengikut arah anak panah dan matikan dengan simpul manuk.