KENALI AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026
PERLEMBAGAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
OBJEKTIF PENUBUHAN MPP
Melatih kepimpinan dan membentuk sahsiah pelajar bertepatan dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segI Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS)
Membangunkan kepimpinan pelajar yang aktif dan berinovasi sejajar dengan
harapan Kolej iaitu sebagai Penjana Generasi Berinovasi; dengan menerapkan nilai nilai akademik dalam projek-projek kegiatan pelajar;
Mengeratkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan pelajar
Bertindak sebagai representasi pentadbir kolej untuk merancang dan menyelia
kemudahan-kemudahan, kebajikan pelajar di kolej termasuk kemudahan-kemudahan penempatan, rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian, kebajikan dan perkara – perkara yang berkait rapat dengan pelajar
KELAYAKAN MENJADI CALON MPP
Pelajar yang mendaftar lebih enam bulan di Kolej Vokasional
Memperoleh prestasi akademik Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.0 untuk subjek vokasional dan 2.5 untuk subjek akademik
Tiada rekod salah laku yang berat; pencalonan ini akan menjalani proses tapisan.
KOD ETIKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Setiap exco mestilah patuh kepada Kod Etika Majlis Perwakilan Pelajar dan berpegang teguh kepada objektifnya
Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri secara rasmi dengan pertubuhan politik di Malaysia
Setiap exco mestilah berusaha untuk melaksanakan dan mencapai objektif dan matlamat MPP KOLEJ VOKASIONAL
Menunjukkan imej yang positif dan tidak mencemarkan nama baik Kolej Vokasional
BIDANG TUGAS UMUM MPP
Mengelola dan mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan MPP KOLEJ VOKASIONAL mengikut objektif dan peraturan yang telah ditetapkan.
Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekiranya dirasakan perlu sekurang-kurang dua bulan sekali. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah dibuat kepada semua yang terlibat dua hari sebelum mengadakan mesyuarat. Presiden secara individu boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada bila-bila masa.
Berkuasa menolak sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan objektif dan peraturan MPP KOLEJ VOKASIONAL.
Membincangkan dan merancang perjalanan MPP KOLEJ VOKASIONAL berdasarkan peruntukan dalam peraturan serta bersesuaian dengan objektif KOLEJ VOKASIONAL.
Membincangkan dan merancang perjalanan MPP KOLEJ VOKASIONAL berdasarkan peruntukan dalam peraturan serta bersesuaian dengan objektif KOLEJ VOKASIONAL.
KLIK DI SINI UNTUK KETAHUI PERLEMBAGAAN PILIHAN RAYA MPP