Kembali ke
Anjuran : PIBG SMK Sungai Burong dan Masjid Ar-Raudhah, Tanjong Karang, dengan kerjasama PIBG SMK Dato' Harun dan SMK Seri Desa.
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Masjid Ar-Raudhah, Tanjong Karang
Penganjur : PIBG SMK Sg Burong dan Masjid Ar-Raudhah, Tanjong Karang
Peserta :
91 calon SPM SMK Sg Burong,
15 calon SPM SMK Dato' Harun, dan
15 calon SPM SMK Seri Desa
Penceramah jemputan : En Abdul Muiez bin Ruslee (Kaunselor, SMK Sungai Besar)
Surat jemputan program.
SMK Sg Burong : 48 orang
SMK Dato' Harun : 16 orang
SMK Seri Desa : 8 orang
Jumlah : 72 orang
Ceramah motivasi yang disampaikan sangat mengasyikkan dan penuh dengan maklumat yang sangat berguna untuk calon-calon SPM. Antaranya berkaitan dengan realiti kehidupan yang bakal ditempuh oleh pelajar pada masa yang mendatang, cabaran hidup dan yang paling penting, kepentingan mengetahui pengiraan merit untuk mengisi borang UPU.
Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan akan memberi kesan yang mendalam kepada calon-calon SPM untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2023.
Pendaftaran peserta dan guru.
Ucapan alu-aluan Tn Hj Ahmad Sa'ari bin Muhammad, Ketua Lajnah Pendidikan merangkap Timbalan Nazir Masjid Ar-Raudhah, bersama Ustaz Muhammad Najibulhaq, Imam Masjid Ar-Raudhah.
Bacaan Yasin.
Solat Dhuha dan diikuti dengan solat Hajat.
Usztaz Abdul Muiez selaku penceramah jemputan menyampaikan ceramah motivasinya dengan penuh bersemangat.
Ucapan penutup oleh Tn Hj Zawnwi, Setiausaha Masjid Ar-Raudhah.
Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil pelajar SMK Dato' Harun.
Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil pelajar SMK Seri Desa.
Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil pelajar SMK Sungai Burong.
Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Abdul Muiez.
Penyampaian cenderahati daripada YDP PIBG SMK Sg Burong, En Zainal 'Abidin kepada kepada wakil pihak Masjid Ar-Rudhah..
Semua peserta SMK Sungai Burong bergambar kenang-kenangan bersama penceramah dan JK Masjid Ar-Raudhah.