Belajar MoLIB secara dalam talian
Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung di dalam DSKP serta mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza berdasarkan pelbagai tahap penguasaan murid. Modul ini juga mampu membantu guru yang bukan opsyen untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP.
Modul MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan PdP yang lebih berkesan.
Hasrat besar penggunaan Modul MoLIB ini adalah untuk memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh menjadikan amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja dalam merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama.
Nota : Sinopsis MoLIB Literasi boleh dirujuk di bahagian eLatihan MoLIB
MODUL MoLIB
PANEL PENGGUBAL MODUL
Penasihat : Dr Yazid bin Abdul Manaf, Timbalan Rektor IPGM
Penyelaras 1 : Dr. Noredayu binti Arif, Pusat Pembangunan Latihan
Ketua Panel : Siti Salamah Binti Mohamad Yusof , IPGK Bahasa Melayu
Penolong Ketua Panel 1: Mazura binti Sulaiman, IPGK Bahasa Melayu
Penolong Ketua Panel : Dr. Ruslan bin Abdullah, IPGK Bahasa Melayu
Panel
Dr. Yusfarina binti Mohd Yussof, IPGK Pendidikan Islam
Dr. Zarina binti Ahmad, IPGK Pendidikan Islam
Anuar bin Mohd Amin, PPD Klang
Mahzir bin Ibrahim, PPD Klang
Syariman bin Jahari, PPD Sepang
Azahari bin Daud, PPD Hulu Selangor
Mahat bin Mohamed Amin, SJK(C) Sg. Chua, Kajang
Robeah binti Salman, SJK(T) Kajang, Kajang
Mas Ahmad Ezanee b. Mohd Yusoff, SK Damansara Damai 1
Abdul Rani bin Abdul Rahman, SK Taman Seri Gombak
Abdul Hafiz b. Seman@Kamarulzaman, SK Kampung Tunku
Panel SOP
Hamdan bin Abdul Kadir, JPN Kelantan
Shamdzul bin Ahmad, JPN Pahang
Mohd Kamal bin Ismail, JPN Terengganu
Rubiaton binti Ibrahim, JPN Selangor
Penilai Modul
Dr Mazlan bin Ismail, KPP BPK
Dr Abdul Razak bin Othman, IPGK Pulau Pinang
Tentang kami
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Pendidik!
Penyelaras pelantar MoLIB ini merupakan seorang pensyarah IPGK Darulaman. Misi kami adalah untuk membantu para guru khususnya guru Bahasa Melayu tahap 1 Sekolah Rendah mengembangkan potensi kapasiti pedagogi mereka dengan menggunakan pedagogi terbeza. Panel fasilitator kami merupakan panel yang terlatih, berdedikasi serta bersemangat untuk membantu warga guru menggunakan pedagogi berfokus dan terbeza ini. Melalui sesi penyebaran dan pemerkasaan sebelum ini, maklum balas daripada peserta berkaitan perlaksanaan MoLIB ini di sekolah sangat positif dan pemahaman berkaitan tatacara perlaksanaan dalam bilik darjah meningkat serta pembelajaran murid yang terlibat dinilai berkesan dalam meningkatkan pencapaian. Bimbingan, khidmat nasihat dan bahan-bahan yang diberikan membantu para guru yang terlibat menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjayakan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sifar penguasaan tahap rendah Bahasa Melayu.
Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melayari laman web MoLIB ini! Kami berbesar hati jika anda meneruskan ke peringkat yang berikutnya iaitu dapat mempelajari MoLIB secara modul atas talian (di ruangan e-Modul MoLIB). Para fasilitator kami juga terbuka untuk membimbing anda dan jika terdapat sebarang kemusykilan anda boleh membuat temujanji dengan mana-mana panel jurulatih kami seperti yang tersenarai di atas.
Sedia untuk berkhidmat,
Dr. Ahmad Sharani
Penyelaras Pelantar MoLIB Literasi