MOHAMMAD HAFIZ AIMAN BIN ABU | 2023062310032 | MATEMATIK SK |
Garisan boleh didefinisikan sebagai satu kegiatan permulaan bagi menghasilkan tanda yang pertama iaitu bermula dengan satu titik. Kemudian, proses seterusnya menggaris dan membentuk sehingga menjadi satu garisan. Garisan ini juga terhasil dari cantuman-cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan. Garisan juga boleh dianggap sebagai titik yang bergerak. Susunan titik yang berlanjutan itu juga dianggap sebagai satu garisan. Susunan-susunan titik itu kemungkinan mempunyai sifat panjang dan saiznya juga tidak menentu.
Garisan boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan dan teknik. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat garisan adalah tidak terhad. Umpamanya garisan nipis dapat dihasilkan dengan pen teknikal. Manakala garisan tebal pula boleh dihasilkan dengan menggunakan berus besar dan sebagainya.
Menurut pandangan ahli psikologi seni, garisan dapat memberikan pelbagai tafsiran dan makna. Kedudukan atau arah garisan itu sebenarnya boleh memberikan makna.
Garisan melintang bermakna tenang. Ianya disamakan dengan manusia yang sedang berbaring. Ini menunjukkan suasana tenang dalam gambaran tersebut.
Garisan menegak bermakna teguh. Ianya disamakan dengan figura manusia yang sedang berdiri tegak. Posisi ini dapat ditafsirkan sebagai teguh, mantap, berkeyakinan dan sebagainya.
Mencipta ruang
Menghasilkan ton
Menimbulkan jalinan
Menunjukkan bentuk
Menunjukkan pergerakan
Dijadikan motif mencorak