Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Laman Modul Pembelajaran SPM (Liveworksheets) ini dihasilkan adalah untuk membantu guru dan pelajar SPM semasa berlakunya PKP disebabkan pandemik Covid-19. Modul ini dihasilkan oleh guru-guru Panitia Mata Pelajaran SPM demi membantu anak didik masing-masing dalam membuat ulangkaji secara teratur dan terancang serta menjimatkan masa para pelajar untuk memperolehi markah dan menyemak jawapan masing-masing. Semoga Modul ini dapat meningkatkan keputusan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.