Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menghasilkan modul ini. Semoga modul ini memberi manfaat kepada semua.
Modul ini disediakan bagi membantu guru-guru menyediakan soalan UASA yang memenuhi kriteria yang diperlukan sesuai dengan hasrat Lembaga Peperiksaan.
Modul ini hanya panduan dan memberi contoh kepada guru untuk membina item UASA di peringkat sekolah masing.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menyediakan modul ini.
PASTIKAN MODUL INI TIDAK DIKONGSI KEPADA MURID DAN PERLU DIJAGA KERAHSIAANNYA KERANA MODUL INI HANYA UNTUK GURU-GURU BAHASA MELAYU DAERAH TAWAU YANG TERLIBAT SAHAJA.
Modul dalam bentuk pdf boleh diakses menggunakan pautan di bawah : MODUL UASA LENGKAP 2024
Fail asal proses penyediaan modul : https://drive.google.com/file/d/1SiouozVHp5IiMhHJv-cYROhFxmDIyhGO/view?usp=sharing
PENEGASAN :
PPD Tawau tidak menyelaraskan Pembinaan Item UASA Bahasa Melayu Menengah Rendah di sekolah² Daerah Tawau. Oleh itu, Daerah Tawau mematuhi arahan bahawa SEKOLAH DIBERI AUTONOMI MEMBINA DAN MENTADBIR SENDIRI SOALAN UASA. Hal ini demikian, kerana guru² sepatutnya mahir membina item masing² mengikut kriteria yang telah disampaikan dalam bengkel, serta item yang dibina hendaklah memenuhi keperluan murid masing². Oleh itu, SEMUA GURU Menengah Rendah di sekolah hendaklah terlibat membina item berdasarkan panduan yang telah dibengkelkan.
Walau bagaimanapun, bagi membantu memudahkan guru² menyediakan soalan mengikut keperluan Lembaga Peperiksaan, inisiatif kita adalah mempelbagaikan pilihan untuk soalan UASA dengan melibatkan guru² di sekolah membina item secara bersama². Dengan kata lain, guru² merupakan PENYUMBANG ITEM UASA dalam Modul Bank Soalan ini. Guru-guru boleh memilih sama ada mahu menggunakan item dalam modul ini, mengubah suai atau membina sendiri item untuk UASA. Kesimpulannya, pelaksanaan UASA hendaklah ditadbir dan diuruskan oleh guru-guru di sekolah masing² mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Bilangan Pengunjung :