Etika semasa melayari internet adalah satu prakarsa yang baik bagi membuka mata dan minda murid serta menerapkan rasa ingin cakna untuk menjaga diri daripada menjadi mangsa penjenayah siber.
bersama menjaga diri dari menjadi mangsa penjenayah siber bersama MCMC !
Dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pelbagai poster telah diwara-warakan untuk mendidik masyarakat tentang etika melayari internet.
Apabila kita mendapat suatu berita yang hebat, langkah pertama kita adalah untuk menyelidik sama ada perkara tersebut sah. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan kepada orang lain. Jadilah pengguna yang bertanggungjawab!
Kita hendaklah berkata baik di media sosial. Elakkan perbuatan menghina, mencaci dan merendah-rendahkan individu lain kerana perbuatan ini akan memberi kesan negatif kepada pengguna yang lain. Jika terdapat pengguna lain melakukan kesalahan, tegurlah mereka dengan nasihat yang membina. Janganlah bertindak secara melulu dan mengikut emosi.
Sebagai pengguna Internet, kita seharusnya berfikir sebelum bertindak sebelum melakukan sesuatu keputusan. Kita perlu mengetahui kebaikan dan keburukan yang akan terjadi jika kita melakukan perbuatan tersebut agar tidak menyesal di kemudian hari. Sebarlah apa yang kita mahu tetapi rahsiakan apa yang kita perlu. Biasakan yang betul, betulkan apa yang salah.
Di internet, kita akan menjumpai pelbagai tawaran yang hebat dan tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh terpedaya dengan tawaran itu, sebaliknya selidik terlebih dahulu. Dapatkan pengesahan daripada pihak yang dipercayai dan tidak bertindak sesuka hati. Kita perlu berwaspada agar tidak masuk ke perangkap penjenayah siber.