Kembali ke
"INOVASI UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KELESTARIAN ALAM"
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 - 29 Julai 2022 (sepanjang minggu)
Masa : Rujuk jadual program
Tempat : Persekitaran Sekolah
Penganjur : Bidang Sains dan Matematik, Bidang Teknik Vokasional, SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar, guru dan kakitangan SMK Sg Burong
Pelancaran Minggu STEM berlangsung semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan pada jam 7:40 pagi.
Dirasmikan oleh : Pn Nen Fadzilah binti Hashim (Pengetua SMK Sg Burong)
Pelancaran/Perasmian Minggu STEM 2022 [7:40 pagi].
Bermula Pertandingan Kuiz Trivia STEM secara dalam talian. [2:00 petang].
Bermula Pertandingan Video Science Craft STEM 2022.
Bermula Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi.
Bermula cabaran Saintis Muda (mengikut masa PdP guru mata pelajaran)
Perjalanan pertandingan yang terlibat.
8:40 - 10:30 pagi
Explorace STEM (tingkatan 1 - 5) dan 5 orang/kump.
2:30 - 4:30 petang (waktu perjumpaan kokurikulum)
Kapal Terbang Kertas (terbuka)
Payung Terjun (terbuka)
Kereta Pecut (terbuka)
Master Chef (terbuka)
Sudoku (terbuka)
G-Maths (terbuka)
Teka Silang Kata (terbuka)
Perjalanan pertandingan yang terlibat.
Perjalanan pertandingan yang terlibat.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan akan diadakan pada Hari Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform (minggu ketiga).
SYARAT UMUM:
Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5.
Hadiah : Tempat 1 - 4 bagi setiap tingkatan (4 hadiah x 2 tingkatan)
Soalan diberikan secara dalam talian (Google Form). Kuiz akan dibuat bermula pada (1.00pm) 25 Julai 2022 hingga 4 Ogos 2022 (11.59pm).
Soalan bagi tingkatan 4 & 5 juga sama.
Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperoleh oleh peserta.
Jika markah yang diperoleh adalah sama, penentu (tie-break) ialah masa penghantaran kuiz. Peserta yang menghantar kuiz lebih awal mempunyai kelebihan.
Peserta yang menghantar lebih daripada satu penyertaan, penyertaan PERTAMA sahaja yang akan diambil kira. Penyertaan berikutnya akan dibatalkan/diabaikan.
Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.
Pautan kuiz : (akan dibuka pada masa dan tarikh yang dinyatakan di atas)
Permainan yang menguji pengetahuan dan kemahiran matematik pelajar.
5 orang/kumpulan.
Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Cabaran untuk menjadikan payung terjun (yang membawa beban) paling lambat jatuh ke lantai.
Cara-cara membuat kapal terbang kertas untuk pertandingan.
Cara-cara membina model kereta lumba untuk pertandingan, dengan menggunakan bahan terpakai.
Video promo pertandingan Fotografi Alam Semulajadi STEM tahun 2021 (WP KL) sebagai panduan.
Terbuka kepada pelajar Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3).
Tarikh : 25 Julai - 10 Ogos 2022
TEMA : KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI
SYARAT UMUM:
Setiap peserta menghantar SATU penyertaan sahaja.
Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.
Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau kamera telefon bimbit.
Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas berhubung dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar berkenaan dan dihantar melalui ‘google form’ yang disediakan oleh pihak penganjur.
Karya Fotografi yang dihantar mestilah:
i) Format : JPEG
ii) Resolusi tinggi 300 dpi
iii) saiz mesti melebihi 2MB
Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.
Terbuka kepada pelajar Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3).
Tarikh : 25 Julai - 10 Ogos 2022
Sila hantar video yang telah dihasilkan melalui pauatan ini.
Syarat umum:
Peserta perlu menghasilkan video persembahan berdurasi minimum 5 minit dan tidak melebihi 8 minit. Peserta akan memilih tema persembahan, membuat persembahan dan menerangkan proses saintifik dalam ersembahan tersebut.
Penghasilan video hendaklah asli, bukan persembahan slaid Powerpoint dan tidak menggunakan skrin hijau (green screen). Ambil video setiap proses beserta penerangan dengan audio yang jelas. Kaedah suntingan (edit) adalah dibenarkan.
Tema yang boleh dipilih (pilih satu sahaja):
Penyenggaraan dan kesinambungan hidup.
Penerkaan unsur dalam alam.
Tenaga dan kelestarian hidup.
Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Cikgu Siti Misnah untuk bimbingan lanjut.
Contoh pertandingan video STEM 2021 sebagai rujukan (terus ke minit 5:13).
Senarai penuh pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan akan dibuka setelah sesi penyampaian hadiah berlangsung.
Mesyuarat penyelarasan terakhir (22 Julai 2022) bagi persediaan Minggu STM 2022 yang akan bermula 25 Julai 2022.
Guru-guru STEM berkumpul untuk mengetahui status akhir persediaan Minggu STEM.
Cik Rohanita selaku Penyelaras STEM membuat 'follow up' gerak kerja persiapan Minggu STEM.