Tema : ‘Aku Bangga’
Panitia Muzik
Program / Aktiviti : NYANYIAN LAGU
Negaraku
Selamat Sultan
Sekolahku Gemilang
Objektif :
Murid dapat menyanyi lagu dengan lirik dan nada yang betul semasa perhimpunan.
Sasaran : Murid Tahun 1-6
Masa : 8.15 - 9.15 pagi
Tempat : Dewan Sri Sultan
Alatan : Siar Raya, Lagu Yang Berkenaan
Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS)
Menu Ahad: nasi lemak,Pisang,air masak
Tema : ‘Inspirasiku’
Panitia Sains dan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
Program / Aktiviti : PROJEK MEMBUAT PENAPIS AIR MINI
Objektif :
Murid dapat membuat penapis air mini masing-masing.
Memupuk semangat kerjasama dan menggalakkan komunikasi berkesan.
Sasaran : Murid Tahun 2 - 6
Masa : 10.15 pagi - 1.15 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Sultan
Alatan : Bahan-Bahan Kitar Semula
Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) : Menu Isnin: Nasi Ayam,Pisang,air masak
Uji rasa menu RMT oleh setiausaha RMT
‘Badan Cergas, Minda Cerdas’
PROGRAM / AKTIVITI : SENAMROBIK DAN ETIKA PAKAIAN SERTA PENGGUNAAN ALATAN PENDIDIKAN JASMANI
1 . Menyatakan kebaikan bersenam.
2 . Mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
3. Mengurangkan tekanan murid pada minggu awal persekolahan.
Sasaran : Murid Tahun 2 - 6
Masa : 7.45- 10.15 pagi
Tempat : Dewan Sri Sultan
Alatan : Lagu Yang Bersesuaian Dengan Tahap Kecergasan Murid
PROGRAM / AKTIVITI: AKTIVITI REKREASI PERMAINAN BAHASA
1 .Teka Silang Kata Berpandu (kata nama am)
2 .Jom, Cari Saya ! (cari kata tersembunyi)
3. Teka Silang Kata 2 ( menulis perkataan yang tepat
berpandukan pembayang melintang dan menegak)
Kuiz Pintar Bahasa (antonim)
Objektif :
Murid menjana idea serta mengasah bakat bagi meningkatkan kecerdasan kognitif.
Meningkatkan komunikasi berkesan diantara murid dengan murid dan murid dengan guru.
Sasaran : Murid Tahun 2 - 6
Masa : 10.15-1.15
Tempat : Kelas masing-masing mengikut kumpulan
Alatan : 1. Lembaran Teka Silang Kata 2. Soalan Kuiz Antonim
PROGRAM / AKTIVITI: CERAMAH RAMADAN & PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN.
Objektif :
Memupuk rasa cinta kepada ibadah.
Meningkatkan sahsiah diri murid.
Memberi kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak.
Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat.
Memupuk semangat ingin berpuasa seawal usia 7 tahun menerusi ceramah yang disampaikan.
Sasaran : Murid Tahun 2-6
Masa : 7.45 pagi- 10.15 pagi
Tempat : Dewan Sri Setia
PROGRAM / AKTIVITI: FUN WITH ENGLISH
Objektif :
1. Pupils will be able to read and understand
phrases and simple sentences
2. Pupils will be able to state the nouns shown
3. Pupils will be able to recognize alphabets based on the words shown
Sasaran : Murid Tahun 2-6
Masa : Tahap 1 : 11.15-12.45
Tahap 2 : 11.45-1.15
Tempat : Kelas masing-masing
Alatan : Bahan bercetak
TEMA :‘Kenali Aku’
Pantia Sejarah
PROGRAM / AKTIVITI: AKTIVITI SUSUN SUAI GAMBAR
Objektif :
1. Melahirkan murid yang bersemangat patriotik.
2. Menjadikan sekolah tempat yang seronok.
3. Memupuk semangat kerjasama di antara murid.
Sasaran : Murid Tahun 2-6
Masa : 7.45-10.15
Tempat : Kelas masing-masing
Alatan : Gambar Pemimpin Negara
Tajuk : 1. BACAAN SURAH AL-FATIHAH
2. BACAAN YASIN
3. SOLAT HAJAT
4. TAHBIBUL LUGHAH
Objektif :
1. Murid dapat membaca Surah Al-Fatihah dengan sebutan yang betul.
2. Budaya membaca Surah Yasin pada setiap hari Khamis diperkasakan dari awal sesi persekolahan.
3. Memupuk semangat ingin berpuasa seawal usia 7 tahun menerusi ceramah yang disampaikan.
Sasaran : Murid Tahun 2-6
Masa : 7.45 pagi- 9.15 pagi
Tempat : Dewan Sri Sultan, Dewan Sri Setia, Kelas
Alatan : Buku Surah Yaasin, Bahan Bahasa Arab
TAKLIMAT DISIPLIN DAN KAUNSELING
Sasaran : Murid Tahun 4-6
Masa : 9.15 pagi- 10.15 pagi
Tempat : Dewan Sri Setia
Tajuk : PROGRAM ‘ BIJAK MENGIRA<BIJAK SIFIR
Objektif :
1. Memberikan keseronakan untuk belajar.
2. Mencungkil kemahiran belajar.
3. Menjadikan mata pelajaran Matematik itu mudah untuk dipelajari.
Sasaran : Tahun 2 - 6
Masa : 10: 15 - 12:45 Tengah Hari
Tempat : Kelas masing-masing
Alatan : 1) Melengkapkan sifir ( Lembaran disediakan )
2) Kumpul dan jadikan buku skrap