MINI KONVENSYEN
HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF & KREATIF
PERINGKAT IBU PEJABAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021
(MiKoHKIK 2021)
[29 hingga 30 Julai 2021]
MINI KONVENSYEN
HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF & KREATIF
PERINGKAT IBU PEJABAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021
(MiKoHKIK 2021)
[29 hingga 30 Julai 2021]
MAKLUMAT PROGRAM
26- 28 Julai 2021
Pertandingan Poster KIK (Undian orang awam (30%) dan Penilaian Panel Juri (70%)
Undian boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/UNDIAN_POSTER. Sila berkunjung ke Pameran MiKoHKIK 2021 Tingkat 1, Wisma JPN dan juga melayari laman MiKoHKIK ( RUANG POSTER)
29-30 Julai, 2021 Mini Konvensyen KIK Ibu Pejabat JPN Sabah Berlangsung secara maya.
Sila Klik pautan diberikan SIARAN LANGSUNG MiKohKIK 2021
MiKoHKIK 2021
LATAR BELAKANG
Mini Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (MiKoHKIK) peringkat Ibu Pejabat merupakan program anjuran Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Penganjuran ini melibatkan semua sektor (14 sektor) di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program yang berkonsepkan kreativiti dan inovasi ini, adalah merupakan kali pertama diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program ini akan berlangsung pada 29 hingga 30 Julai 2021 dengan tema dan penampilan yang tersendiri. Bakal dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk memberi ruang kepada semua staf dan pegawai di setiap sektor untuk berkarya yang berteraskan kreativiti dan inovasi. Format Mini Konvensyen yang digunakan adalah menggunakan format Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
āMerealisasikan Transformasi, Memperkasa Inovasi, Menjulang Produktivitiā menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk menyerlahkan kreativiti dan inovasi pelbagai aspek yang membolehkan staf dan pegawai setiap sektor lebih yakin dengan diri sendiri dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan. Konsep kreativiti dan inovasi yang diketengahkan mampu menarik perhatian dan minat warga setiap sektor di Ibu Pejabat, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi warga Ibu Pejabat JPN Sabah khususnya untuk merasai satu pengalaman baharu dalam berinovasi disamping membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi modal insan yang berketrampilan dan cemerlang secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri dalam program ini dapat memangkin potensi diri dalam menyahut cabaran industri 4.0.
OBJEKTIF
Menjadi satu medium untuk memberi ruang kepada staf dan pegawai berkarya dalam kreativiti dan inovasi.
Sebagai platform yang memberi peluang kepada warga sektor yang telah berjaya menghasilkan bahan inovasi untuk meningkatkan prestasi kerja.
Memberi motivasi untuk terus berkreativiti dan berinovasi di dalam meningkatkan sistem penyampaian sektor masing-masing
AKTIVITI
(29 Julai 2021, 8.00 Pagi - 4.30 Ptg)
(30 Julai 2021, 8:00 - 11.30 Pagi )
(30 Julai 2021, 2:00 - 4.30 Ptg)
Mesyuarat Jawatan kuasa Inovasi JPN sabah
Pelancaran Mini Karnival KIK
Mesyuarat bersama jawatan kuasa Pengelola
Mesyuarat Persiapan bersama Peserta. 14 sektor terlibat
Melibatkan 13 Sektor di Ibu Pejabat Jabatan Pedidikan Negeri Sabah
Sektor Perancancangan dan Pengurusan PPD (SPPD)
Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)
Sektor Pembelajaran (SPb)
Sektor Pengurusan Murid (SPM)
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP)
Sektor Pendidikan Islam (SPI)
Sektor Pendidikan Khas (SPK)
Sektor Sumber Manusia (SSM)
Sektor Psikologi & Kaunseling (SPsK)
Sektor Pengurusan Maklumat
Sektor Pengurusan (SP)
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP)
Sektor Integriti (SI)
Sila Klik pautan berikut [ SIARAN LANGSUNG MiKohKIK 2021 ]
LOKASI
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD
TINGKAT 7, WISMA PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH