29 APRIL - 31 MEI 2024
PENGENALAN
Pertandingan Minecraft Innovation Challenge ini merupakan satu inisiatif SSTP Negeri Sembilan di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamatkan melahirkan murid yang fasih digital menggunakan aplikasi Minecraft versi Education.
Murid perlu menggunakan aplikasi Minecraft versi Education untuk melaksanakan tugasan mengikut tema yang telah ditetapkan. Sambil bermain, murid-murid dapat menyerlahkan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan tugasan.
OBJEKTIF
Menyediakan murid berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah menggunakan coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan
Mencungkil bakat dan memberi kebebasan kepada murid untuk bereksperimen dengan mendorong eksperi kendiri kreatif dan penyelesaian masalah
Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, mereka bentuk dan menghasilkan bahan pengekodan, menggalakkan persaingan sihat
Memberi pengalaman dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif serta unik.
TEMA PERTANDINGAN
"RUMAH TRADISIONAL PINTAR NEGERI SEMBILAN"
KATEGORI PENYERTAAN
SEKOLAH RENDAH TAHAP 1
SEKOLAH RENDAH TAHAP 2
SEKOLAH MENENGAH RENDAH
SEKOLAH MENENGAH ATAS
PENDIDIKAN KHAS RENDAH
PENDIDIKAN KHAS MENENGAH
GARIS MASA PERTANDINGAN
KRITERIA PEMARKAHAN
Pelaksanaan sepenuhnya secara atas talian
Terbuka kepada semua murid sekolah Negeri Sembilan di bawah pentadbiran KPM.
Tema Minecraft Innovation Challenge Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan ialah Rumah Tradisional Negeri Sembilan Pintar.
Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) WAJIB untuk diimplementasi . Minimum 3 SDGs yang perlu diterapkan.
Murid wajib menggunakan ID DELIMa murid (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my) untuk muat naik laporan akhir di Google Drive dan mengisi borang penyertaan pertandingan.
Sila rujuk laman web rasmi pertandingan bagi mendapatkan Templat Laporan Akhir tersebut.
Murid wajib menyediakan video penerangan projek menggunakan BAHASA MELAYU sahaja berdurasi 3 minit dan muat naik pautan video tersebut. Video boleh dihasilkan menggunakan apa-apa perisian pengeditan video sebelum dimuat naik ke Youtube.
Murid dibenarkan untuk menggunakan ID DELIMa atau ID peribadi murid bagi penghasilan projek dalam Minecraft Innovation Challenge Tahun 2024
Murid wajib menjawab semua soalan dalam templat laporan akhir, memuat naik laporan akhir dalam bentuk PDF ke dalam Google Drive dengan menggunakan ID DELIMa (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my) dan kongsikan pautan dengan tetapan “anyone with the link” beserta peranan “viewer”. Laporan akhir mesti dijawab dalam Bahasa Melayu.
Seorang murid hanya dibenarkan untuk menghantar SATU (1) penyertaan sahaja. Manakala seorang guru boleh menjadi pembimbing kepada lebih daripada seorang murid.
Murid-murid WAJIB & hanya dibenarkan menggunakan versi Minecraft Education sahaja. Selain daripada versi Minecraft Education, penyertaan tidak akan diterima. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Portal DELIMa atau di laman web https:/education.minecraft.net/get-started/
Tempoh pertandingan adalah sehingga 31 Mei 2024
BINAAN
Rumah mestilah berkonsepkan binaan tradisional Negeri Sembilan
Saiz keseluruhan keluasan binaan ialah 40x40 SAHAJA
WAJIB menggunakan Template Minecraft yang disediakan
Binaan mestilah dengan jelas menunjukkan elemen inovasi rumah pintar
VIDEO
Video yang dihasilkan mestilah dalam BAHASA MELAYU dan berdurasi 3 minit SAHAJA.
Mestilah karya asli, kreatif dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Video dihasilkan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum, politik dan sebagainya.
Video yang dihasilkan mesti memaparkan wajah peserta, suara (penerangan) dan sarikata.
Video perlu memaparkan maklumat nama penuh peserta, nama sekolah dan kategori penyertaan.
Orientasi video perlu berbentuk landskap SAHAJA.
Resolusi video yang baik adalah minima HD 720pp
Video perlu dimuatnaik ke Youtube secara UNLISTED dan kongsikan pautan dalam borang penyertaan pertandingan
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta video kepada Penganjur serta membenarkan Penganjur untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit video dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/ royalti kepada peserta.
LAPORAN
Murid perlu menggunakan Template Laporan yang disediakan.
Laporan mestilah menggunakan BAHASA MELAYU
Laporan perlu dimuatnaik ke dalam Google Drive dalam bentuk PDF dan kongsikan pautan Google Drive tersebut dalam borang penyertaan pertandingan.
Kongsikan pautan dengan tetapan “Anyone with the link” berserta peranan “viewer”.