Panduan Penghantaran

Panduan Penghantaran

Langkah Pertama 


Sediakan ciptaan dunia Minecraft dengan menggunakan dunia Block of Grass yang disediakan berdasarkan tema tahun ini melalui Minecraft Education.

Template World Minecraft


Langkah Kedua


Hasilkan video yang tidak melebihi 3 minit di mana anda perlu huraikan secara ringkas tentang dunia Minecraft dan idea anda. Muat naik video anda dalam Youtube (Unlisted) dan hasilkan pautan untuk diisi dalam borang penyertaan nanti.


Langkah Ketiga 


Muat turun templat Laporan Akhir (Final Report) dan menjawab semua soalan dalam laporan tersebut. Simpankan laporan akhir dalam bentuk PDF. 

Template Laporan Akhir (Final Report)


Langkah Keempat


Muat naik laporan akhir ke dalam Google Drive dengan menggunakan ID DELIMa anda (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my) dan kongsikan pautan dengan tetapan “anyone with the link” beserta peranan “viewer”. Pautan ini diperlukan semasa mengisi borang penyertaan nanti. 


Langkah Kelima

Isikan borang penyertaan mengikut kategori anda. Anda akan diminta untuk mengisikan pautan Youtube dan pautan Laporan Akhir (dalam langkah ketiga). Borang yang lengkap kemudian boleh dihantar dengan menekan butang "Submit".

 (Penyertaan tanpa pautan dari aplikasi Youtube dan Laporan Akhir dianggap TERBATAL SECARA AUTOMATIK.) 

Borang Penyertaan