Kembali ke
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17 Jun 2022 (Jumaat) | kejohanan sebenar
Masa : 7:40 - 10:30 pagi
Tempat : Padang Sekolah dan Dataran Terbuka
Penganjur : Unit Sukan SMK Sg Burong
Peserta : Semua pelajar SMK Sg Burong
LATIHAN 1 :
1 Jun 2022 (Rabu) | 3:00 petang
Pelajar membuat latihan pemanasan badan menggunakan trek yang pendek (bukan laluan sebenar).
LATIHAN 2 :
14 Jun 2022 (Selasa) | 7:40 - 10:30 pagi
Latihan dilakukan pada waktu pagi untuk mengelakkan cuaca terlalu panas pada waktu petang. Semua peserta membuat larian mengikut trek sebenar kategori masing-masing supaya pelajar mengenali trek sebenar semasa kejohanan nanti.
KEJOHANAN MERENTAS DESA :
17 Jun 2022 (Jumaat) | 7:40 - 10:30 pagi
Acara pertama semua pelajar dikehendaki membuat senamrobik untuk memanaskan badan yang turut disertai oleh guru-guru. Senamrobik dikendalikan oleh pelajar-pelajar dari kelas Sains Sukan. Kejohanan telah berlangsung dengan sempurna, tiada sebarang isu keselamatan dan kecederaan. Peserta kategori L1 yang pertama dilepaskan pada jam 8:44 pagi. Semua peserta sampai di garisan penamat sekitar jam 9:30 pagi.
Upacara penyampaian hadiah/medal dibuat di Dataran Terbuka sehingga 10:30 pagi. Ucapan perasmian dilakukan oleh Puan Ned Fadzilah binti Hashim, Pengetua SMK Sg Burong. Turut hadir pada hari kejohanan ialah YDP PIBG, En Zainal Abidin sebagai tanda sokongan atas penganjuran kejohanan.
Peserta yang mendapat tempat 1 - 6 bagi kategori L1 dan P1 telah terpilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah, MSSD pada minggu berikutnya.
Berikut ialah keputusan keseluruhan pungutan mata setiap rumah sukan.
Johan | PUTRA : 321
Naib Johan | SAGA : 295
Ketiga | WIRA : 289
Keempat | SATRIA : 276
Kategori L3
Kategori L2
Kategori L1
Kategori P3
Kategori P2
Kategori P1
Johan Keseluruhan Merentas Desa 2022 : Rumah Putra
Surat Makluman Kejohanan Merentas Desa (pelajar)
Kertas Konsep - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2022 (boleh diakses oleh guru-guru sahaja)
Gambar-gambar sekitaran Kejohanan Merentas Desa (17 Jun 2022).