KENALI TOKOH KITA
Dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah.
Nama asal beliau ialah Datu Badiozaman, namun ditukarkan kerana sering sakit ketika kecil
Nama bapa beliau ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin, Ibunya pula ialah Noraini Hj. Abd Rahim
Beliau merupakan anak keempat dari sembilan orang adik beradik
Tun Datu Mustapha Datu Harun menerima pendidikan di Sekolah St. James, Kudat, Sabah.
Yayasan Sabah ditubuhkan hasil cadangan Tun Datu Mustapha Harun
Yayasan Sabah membuahkan hasil apabila berjaya memberi peluang pendidikan kepada masyarakat sehingga mampu memberi tajaan untuk anak jati kelahiran Sabah melanjutkan pengajian di pendidikan tinggi di Semenanjung seterusnya ke luar negara.
Kesan daripada urus tadbir Tun Datu Mustapha Datu Harun sebagai YDP terulung negeri Sabah, Sabah berjaya menjadi pengeksport kultur tisu kayu jati berkualiti disebabkan pendedahan awal terhadap sektor perladangan agro, hospitaliti dan pelancongan.
Berkeupayaan menaja dan memberi pinjaman bagi sesiapa yang ingi menaik taraf pendidikan hasil daripada penubuhan Yayasan Sabah.
Sekitar tahun 1960 , iaitu fasa pasca kemerdekaan, setelah penetapan agama Islam sebagai agama perlembagaan, Tun Datu Mustapha Datu Harun bingkas melakukan proses Islamisasi sepanjang pemerintahannya. Buktinya seramai 75 0000 sehingga 100 000 orang telah memeluk agama Islam menerusi usaha-usaha yang digerakkan oleh beliau. Sehubungan dengan itu, ahli politik yang bukan beragama islam juga mula menerima kenyataan Islam sebagai agama majoriti.
5 Fakta Menarik tentang Datu Mustapha Harun!
Meskipun Tun Datu Mustapha Datu Harun menjadi seorang pelayan pada umur 10 tahun, ketika dewasa Tun Datu Mustapha Datu Harun berjaya mendapat pelbagai anugerah terutamanya daripada kerajaan luar seperti kerajaan British dan Presiden Lebanon.
Tun Datu Mustapha Datu Harun mempunyai pelbagai kemahiran seperti menggesek biola dan bermain golf sehingga mengasaskan Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club di Kudat.
Tun Datu Mustapha Datu Harun menerima anugerah "Tun" iaitu anugerah tertinggi di negara ini hasil kerja kerasnya dalam bergiat aktif menyumbangkan pembangunan dalam pelbagai aspek
Permulaan kepada Bahasa Inggeris diganti dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Sabah adalah sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Sabah.
Permulaan kepada bercambahnya semangat juang memerdekakan Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun bermula dengan menuntut pembelaan kematian ayah dan adiknya terhadap tentera Jepun.
Sumber Rujukan : Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan