Program yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang apa itu tenaga dan cara menggunakannya dengan bijak, iaitu secara cekap dan selamat. Program ini menyokong usaha negara untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui pada masa depan, sambil membantu pelajar lebih memahami dan peka tentang kepentingan tenaga demi masa depan yang lestari.
Memberikan akses kepada maklumat tenaga yang tepat dan boleh dipercayai
Membina kesedaran dan sokongan orang ramai terhadap kelestarian tenaga, peralihan tenaga, serta keperluan mengimbangi tiga trilema dalam sektor tenaga.
Memupuk masyarakat yang berpengetahuan dan bijak tenaga
Yang memahami kitaran tenaga bermula daripada:
Penghasilan
Penggunaan
Pengurusan
Serta menghargai tenaga sebagai sumber yang penting tetapi terhad
Cabaran Cool Lah merupakan pertandingan secara atas talian di bawah Kempen “Cool Lah – Tambahlah Bintang”, anjuran bersama MELP dan EcoKnights dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan disokong oleh United Nation Environmental Programme (UNEP) dan United For Efficiency (U4E).
Pertandingan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan penyaman udara yang cekap tenaga dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Kategori Esei
Kategori Video
Lihat detik-detik daripada perjalanan MELP dalam membawa kesedaran tenaga ke sekolah dan komuniti. Ia menggambarkan kerjasama antara pendidikan dan kelestarian.