Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK (L) METHODIST, KUALA LUMPUR
Salam sejahtera.
Semua guru tingkatan diminta menghantar surat makluman berkenaan berserta dengan Pelan Kedudukan Kelas untuk 1/12/2023, Jumaat hingga 7/12/2023 kepada semua murid dan ibu bapa.
Sila ambil perhatian bahawa semua kelas T4 akan mula ditempatkan di 2 tingkat teratas Blok Yong Chee Seng mulai 1/12/2023 hingga 7/12/2023.
Semua guru tingkatan T4 hendaklah memastikan bilangan kerusi dan meja di dalam kelas adalah cukup untuk kelas T4, terutama pada 1/12/2023 untuk pelaksanaan Peperiksaan Sumatif T4.
Semua guru tingkatan 1, 2, dan 3 hendaklah membimbing murid untuk memahami tentang Cuti Bergilir. Sila ingatkan murid tentang kehadiran, terutama kehadiran pada hari yang akan dilaksanakan Program Teknik Menjawab Soalan UASA.
Terima kasih.
Daripada
Pn Lee Nyit Har
Penolong Kanan Pentadbiran MBSSKL