Guru-guru digalakkan untuk mengumpul bahan mengikut kategori yang disediakan. Sila muat naik bahan mengikut kategori tersebut. Jika dirasakan perlu untuk membuka folder kategori baharu, anda amat dialu-alukan. Dengan adanya sumber PdP yang disatukan, adalah menjadi harapan kita agar kecemerlangan pelajar-pelajar di sekolah ini, khususnya dalam mata pelajaran Matematik, dapat dipacu dengan lebih berkesan.