Sila Guna Laptop Untuk Pengalaman Yang Lebih Menyeronokkan
Memastikan para murid dapat mengenali jenis bentuk, mengenali ciri-ciri bentuk dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, memastikan para murid menghargai keindahan matematik terutamanya bentuk dalam kehidupan harian.
1) Mengenal pasti bentuk 2D dan 3D serta menghuraikan ciri-cirinya.
2) Mengenal pasti pelbagai bentangan bagi bentuk 3D.
3) Mengenalpasti bentuk poligon sekata iaitu pentagon, heksagon, heptagon dan oktagon.
4) Mengenal pasti bentuk prisma dan bukan prisma.
5) Membandingkan bentuk prisma dan bukan prisma berdasarkan tapak, sisi dan bucu.
6) Menyusun bentuk 2D dan 3D mengikut pola.
Bentuk boleh merujuk sebagai rupa yang merangkumi sesuatu objek. Bentuk terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Bentuk dua dimensi selalu terlihat dalam lukisan atau lakaran manakala bentuk tiga dimensi dapat dilihat dalam seni bina.
Gambar di atas merujuk kepada penggunaan bentuk dalam seni bina bangunan dan lakaran atau lukisan.
MARI TEROKAI BENTUK BERSAMA