KARNIVAL Sains MATRIKULASI 2023

(MASCAR 2023) 

Untuk Gambar, Video dan Info Sepanjang MASCAR 2023, layari fb MASCAR 2023 & KMPP Photobase

FacebookFacebook

LATAR BELAKANG

Karnival Sains peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah dilaksanakan sebagai aktiviti tahunan di peringkat kolej. Ia merupakan satu platform perkongsian aktiviti kelab sains; iaitu kelab Kimia, Fizik, Biologi, Teknologi Hijau dan kelab Astronomi. Pengisian karnival sebelum ini tertumpu kepada penganjuran pertandingan, permainan dan pameran merentasi keempat-empat cabang ilmu sains dalam usaha menarik minat semua pelajar matrikulasi dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar daerah yang sama terhadap mata pelajaran sains. 


Penganjuran Karnival Sains bermula 2019 sehingga kini telah menunjukkan impak yang positif dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Ia merupakan suatu acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh warga matrikulasi dan pihak sekolah. Justeru, berdasarkan kepada sambutan dan kerjasama yang semakin kuat dari agensi-agensi luar, dan permintaan penyertaan yang meningkat dari sekolah-sekolah luar daerah, Karnival Sains kini dilihat sebagai satu mangkin untuk menyebarluaskan pengetahuan sains dalam skala yang lebih besar menerusi konteks pemahaman dan pengaplikasian sains yang lebih bermakna. 


Oleh itu, Karnival Sains dengan skala yang lebih besar telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2023 ini selari dengan agenda utama yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang kini telah memasuki fasa gelombang ke-3.


OBJEKTIF

Berikut adalah objektif pelaksanaan Karnival Sains ini;

TEMA

STEM Innovation Empowers Futuristic Youth” 

STRATEGI PELAKSANAAN

Bersesuaian  dengan arus industri 4.0 yang sedang berkembang di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Program Matrikulasi untuk menghasilkan pelajar yang bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran sains bercirikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics), malah memberikan kesepaduan dalam kemahiran STEM dengan nilai tambah dalam pengetahuan Astronomi dan Teknologi Hijau. Pengetahuan sains sahaja tidak mencukupi jika ia tidak dilestarikan untuk memastikan kesinambungan sains dalam kehidupan semasa.

Justeru, penganjuran Karnival Sains pada kali ini menggabungjalinkan kemahiran STEM, Astronomi dan Teknologi Hijau menerusi penghasilan inovasi, pameran, pendedahan teknologi dan perkongsian ilmu. Malah sasaran utama karnival ini juga telah bertambah iaitu melibatkan kesemua kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua sekolah rendah dan menengah di negeri Pulau Pinang dan masyarakat setempat. 

Penganjuran Karnival Sains ini dilihat sebagai suatu mangkin dan wadah dalam menyebarluaskan hasil inovasi berteraskan STEM, Astronomi dan Teknologi Hijau bagi memupuk kelestarian sains dalam kalangan warga matrikulasi, sekolah dan masyarakat. 

MENU

STEM Creator

Inovasi Teknologi Hijau

Inovasi Biojisim

Teater STEM 

RC-Jet

Roket Air

AJK MASCAR

ANJURAN

BAHAGIAN MATRIKULASI 

di bawah kelolaan 

:: KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG ::

dan KPM

GALERI MASCAR 

✨ MASCAR 2023 ✨

 MATRICULATION SCIENCE CARNIVAL 

13-15 OKTOBER 2023 

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG