Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke ruang pembelajaran Cikgu Fatihah🤍
Objektif kepada penghasilan ruang pembelajaran ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada kepelbagaian murid terutamanya murid keperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran. Hal ini kerana mereka memerlukan bahan bantu yang sesuai untuk menyokong pembelajaran mereka, seperti teks berwarna, audio, atau alat bantu sentuhan. Selain itu, saya menghasilkan bahan yang menarik seperti gambar, video dan permainan interaktif untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mengelakkan kebosanan. Semoga dengan penghasilan bahan bantu mengajar ini dapat memberi pengalaman pembelajaran menjadi lebih inklusif, menarik, dan berkesan bagi semua murid.
Ini merupakan antara rujukan utama untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sekiranya ingin melihat buku teks secara dalam talian. Murid boleh menekan pada pautan ini. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6
Semangat tak nak belajar? Dah bersedia nak ada ilmu setinggi langit, mari ikut cikgu.