Kembali ke
Banner MAKK 2024
Gegantung MAKK 2024
Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi - 1:00 tengah hari
Tempat : Dewan Tan Sri Noh Omar, SMK Sungai Burong
Penganjur : Unit Kurikulum, PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sg Burong
Peserta : Pelajar, semua guru, kakitangan SMK Sg Burong
Perasmi : Pn Azlina binti Mat Jamil (Pegawai PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Selangor)
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2024 diadakan pada tahun ini bagi menghargai pelajar- pelajar yang cemerlang dalam penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah bagi tahun 2023 dan menghargai pelajar – pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2023 baru – baru ini. Pelajar – pelajar Tingkatan 4 telah menduduki ujian pentaksiran PINTAS, manakala, pelajar – pelajar Tingkatan 1 hingga 3 menduduki peperiksaan UASA telah dijalankan pada akhir sesi akademik pada bulan Januari 2024. Pelajar – pelajar yang cemerlang dalam pentaksiran tersebut juga diberikan penghargaan. Semoga dengan adanya Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum ini dapat memberikan dorongan dan motivasi kepada semua anak- anak didik SuBur untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
1. Mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.
2. Memberi galakan kepada murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.
3. Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan.
4. Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama di kalangan warga sekolah.
1. Menghargai potensi murid-murid dalam pelbagai bidang
2. Mengenalpasti murid-murid yang cemerlang
3. Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang
4. Mempamerkan contoh murid-murid cemerlang kepada murid-murid lain
5. Memberikan galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mempertingkatkan prestasi dalam bidang kurikulum
6. Membina perasaan muhibbbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga sekolah SMK Sungai Burong.
Ketibaan para guru, ibu bapa dan murid. Pendaftaran di Dataran Semaian SuBur dan mereka menikmati sarapan yang telah disediakan.
Taklimat ringkas oleh wakil NUTP kepada para guru di Dewan Tan Sri Noh Omar.
Majlis bermula dengan perarakan masuk para tetamu kehormat, iaitu Pn Azlina binti Mat Jamil (Pegawai PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Selangor) yang mewakili Pn Azlina binti Hussin (Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Kuala Selangor) serta En Zainal 'Abidin bin Md Zain (YDP PIBG SMK Sungai Burong).
Majlis berlangsung seperti yang telah dirancang dan tamat lebih awal (sekitar jam 11:40 pagi).
Photo booth disediakan di bahagian tepi dewan untuk para hadirin mengabadikan kenangan.
Taklimat oleh wakil NUTP