1 bungkus laksa beras
1 sudu besar belacan
2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
gula dan garam, secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
50g ikan bilis, rendam seketika
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Bahan untuk hiasan:
5 biji telur, direbus
2 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang timun, hiris nipis
Limau nipis, di potong
1 ikat daun selom
cili padi, hiris nipis
Cara Penyediaan :
Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.
1 kg daging bahagian tulang
1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar minyak sapi
1/2 senduk minyak masak
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 btg cengkih
6 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam
Bahan untuk pes rempah:
1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis 'Bahan Kisar', daun kari dan 'Bahan Rempah Tumis' sehingga kekuningan dan naik bau.
Bancuh 'Bahan Pes Rempah' dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
Bahan-bahan Lempeng:
3 cwn tepung gandum
4 - 4 1/2 cwn air
1 sb gula
1/2 sk garam
2 sb minyak
Bahan-bahan Sambal Bilis:
150g-200g ikan bilis
1 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (pilihan)
1 keping kecil gula nisan
Sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Perasa jika suka
Cara-cara lempeng:
Bancuh tepung gandum, garam, air dan minyak masak.
Tapis kalau ada ketulan tepung.
Panaskan kuali dan sapu sikit minyak.
Tuang masuk 2 senduk adunan dan ratakan.
Masak sampai garing kedua-dua belah bahagian.
Cara-cara sambal bilis:
Potong bawang besar untuk kisar (1 biji), taburan (1/2 biji) dan menumis (1/2 biji).
Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
Kisar halus bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, belacan dan cili kering rebus dengan air separuh tenggelam.
Rendam asam jawa dan ramas sampai jadi jus yang pekat. Ketepikan dulu.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separuh masak, jangan goreng garing nanti liat dalam sambal.
Angkat ikan bilis dan toskan minyak.
Tumis bawang besar sampai layu.
Masuk bahan kisar halus dan air. Tumis sampai pecah minyak. Ulang tambah air dan tumis kering 3 kali.
Bila sambal dah kering, masukkan gula nisan dan kacau sebati.
Masukkan ikan bilis goreng, air asam jawa dan garam.
Tabur hirisan bawang merah dan tutup api.
Bahan-bahan:
250g tepung beras
200g serbuk gula merah Thai
170ml / 2/3 cawan air
1 helai daun pandan
Cara-cara untuk kuih peneram:
Masuk gula merah dan air dalam periuk. Bukak api perlahan dan kacau sampai gula larut. Boleh koyak masuk daun pandan jika suka.
Bila dah start mendidih, kuatkan sikit api dan kacau anggaran 15-20 saat dan kemudian tutup api.
Masuk tepung beras dalam mangkuk besar kemudian tuang masuk air gula merah (sambil tapis) dan gaul sebati (masuk sedikit demi sedikit).
Kacau sampai adunan jadi pes yang pekat bertali. Boleh tambah air panas kalau adunan masih keras.
Rehatkan doh sampai suam sikit dan sambung uli dengan tangan.
Tutup dan perap adunan minimum 6 jam dalam suhu bilik.
Uli sikit doh sampai lembut balik. Kalau merekah boleh tambah sikit air panas.
Canai sampai leper.
Terap adunan dengan acuan berbentuk bulat, lebar anggaran 3 inci atau 3 jari (Che Nom guna acuan tart & acuan lompang).
Lubang di tengah boleh cucuk dengan chopstick.
Satu lagi cara, boleh uli doh sebesar guli dan tekan dengan tangan.
Panaskan minyak dan goreng kuih peneram.
Bila dah perang alih dan kemudian cepat-cepat angkat.
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah / 2 biji cili kering - hiris nipis
1 sudu kecil yis
2 biji limau kasturi
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng ikan pekasam hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah dan bawang besar. Kacau sentiasa hingga bawang dan cili layu.
Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
Sedia untuk dinikmati. (Apabila nak di makan, perahkan limau kasturi.. )