Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sekali lagi pengurusan pentadbiran sekolah dapat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan sempurna. Pihak pengurusan dan pentadbiran bersama kakitangan sekolah telah berganding bahu melaksana dan menjalankan tugas dan telah mencapai beberapa kejayaan yang memberangsangkan. Semoga dengan adanya satu lagi inisiatif mengintegrasikan dunia digital dalam pengurusan dan pendidikan dapat meningkatkan lagi pencapaian sekolah ke persada yang lebih tinggi.
Dalam kesempatan ini saya ucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa ICT kerana telah berjaya merealisasikan impian mengintegrasi maklumat dan data sedia ada dalam bentuk digital. Semoga dengan usaha ini akan meningkatkan lagi daya kreativiti serta inovasi dan disebar luaskan dalam pengurusan di sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan!
Wasalam. Terima Kasih.
"Bersama Semakin Cemerlang"