Bina Sikap Usahawan, Buka Pintu Kejayaan !
Adakah anda pernah terfikir bagaimana seseorang seperti Tan Sri Tony Fernandes atau Jimmy Choo boleh berjaya dalam perniagaan mereka? Apakah rahsia mereka untuk terus bersemangat walaupun menghadapi cabaran?
Semuanya bermula dengan ciri-ciri keusahawanan yang mereka miliki! Seorang usahawan bukan hanya menjual produk, tetapi mereka mempunyai sikap, nilai dan kemahiran tertentu yang menjadikan mereka unik, berdaya tahan dan sentiasa berusaha untuk berjaya. Hal ini adalah antara perkara yang membezakan antara usahawan dan peniaga.
Di halaman ini, anda akan mengenali dan mempelajari ciri-ciri umum usahawan dan ciri-ciri usahawan berjaya serta perbezaan antara usahawan dan peniaga yang dapat membantu anda menjadi seorang individu yang berdaya saing pada masa hadapan.
Jom terokai ciri-ciri usahawan hebat dan mulakan langkah pertama anda ke arah keusahawanan yang berjaya !
NOTA : CIRI-CIRI USAHAWAN
Sila baca dan fahami nota-nota yang disediakan berkenaan Ciri-ciri Usahawan.
Ciri-ciri Umum Usahawan
Ciri-ciri Usahawan Berjaya
NOTA : USAHAWAN VS PENIAGA
Sila baca dan fahami nota-nota yang disediakan berkenaan Usahawan VS Peniaga.
Perbandingan Usahawan dan Peniaga
AKTIVITI INTERAKTIF
Arahan aktiviti :
Pelajar dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan di dalam platform Padlet yang berbunyi ,
" Pada pendapat anda, adakah generasi muda akan lebih cenderung menjadi usahawan atau peniaga ? Mengapa? "
Jom kongsi pendapat sama-sama ! 🔥