STANDARD 3
Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada kaedah-kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan/atau daripada ujian buatan guru.
The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Student (1990),
American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education and National Education Association
Melalui Standard 3 ini, guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mentafsir hasil-hasil pentaksiran formal dan tidak formal daripada ujian buatan guru. Guru juga diberi kemahiran dalam mentadbir ujian-ujian pencapaian piawai dan mentafsir laporan-laporan skor yang biasa seperti pangkat persentil, skor puncak persentil, skor standard dan gred setara. Selain itu, guru juga diberi pemahaman tentang konsep terhadap laporan dan rumusan indeks yang biasa dilaporkan berkaitan dengan hasil-hasil pentaksiran seperti kecenderungan memusat, sebaran, pertalian, kebolehpercayaan dan kesilapan-kesilapan dalam pengukuran.
PERHATIAN - Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah DILARANG dan perlu mendapat kebenaran daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.