Pentaksiran Kompetensi Literasi Digital (PKLD)
PKLD adalah portal interaktif yang dibangunkan untuk memberi peluang kepada pembelajaran secara kendiri dan pemikiran komputasional. PKLD disediakan dalam versi Bahasa Melayu sahaja. Kemahiran literasi digital ini kepada semua murid. Portal ini menyediakan pengalaman kepada murid merasai pembelajaran kendiri secara simulasi, gamifikasi dan interaktif. Terdapat video tutorial, grafik animasi, model-building, analisis data, pengaturcaraan berasaskan blok dan teks, persekitaran simulasi dan hiperlink-text semasa menyelesaikan tugasan. Melalui teknologi, guru meneroka kaedah pengajaran yang terkini manakala murid dapat meneroka pembelajaran yang baharu secara kendiri.