KATA ALU-ALUAN

PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


Dr. Hajah Kartini binti Abdul Mutalib

PENGARAH,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rahmat serta izin-Nya, proses dokumentasi pelaporan tahunan 2021 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu berjaya disempurnakan. Pada keseluruhannya IPGK PM telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan program yang dirancangkan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penyelaras JK Data/Maklumat/Laman Web/Media Sosial/Multimedia, Success Story & Pelaporan Tahunan beserta ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menyiapkan laporan ini.

Pelaporan tahunan 2021 ini mengandungi aktiviti dan program bagi kategori pensyarah/staf, pelajar dan Continous Professional Development (CPD) seperti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh jabatan serta unit. Di samping itu terdapat juga aktiviti dan program yang di luar daripada perancangan tahunan IPGK yang turut sama dilaksanakan.

Dokumen ini merupakan salah satu rujukan yang sangat berguna dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam merencanakan penambahbaikan pada aktiviti/program yang akan datang. Semangat kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak akhirnya dapat merealisasikan pelaporan tahunan ini. Akhir kata, semoga Allah SWT merahmati semua kerja buat yang telah kita sempurnakan.


Sekian, salam hormat dan terima kasih.


Dr. Hajah Kartini binti Abdul Mutalib
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu

TIMBALAN PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


Datin
Dr. Hajah Norshidah binti Abu Husin DSM

TIMBALAN PENGARAH,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpahan rahmat-Nya yang membolehkan kita berjaya menghasilkan pelaporan tahunan 2021 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Laporan tahunan ini merupakan satu dokumen rasmi yang diterbitkan sekali dalam setahun serta merupakan panduan bagi meneruskan kecemerlangan dalam melaksanakan aktiviti dan program sama ada pada peringkat unit, jabatan, negeri, kebangsaan atau antarabangsa untuk pensyarah, staf dan pelajar IPGK PM.


Pastinya Pelaporan Tahunan 2021 menyaksikan pelbagai sumbangan dan kejayaan yang telah diraih oleh warga IPGK PM dalam pelbagai bidang. Semua aktiviti dan program mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan dan memantapkan kepakaran diri, memperkasa kecekapan peribadi, menjana intelek dan kompetensi


Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada semua pihak terutama pada Penyelaras JK Data/ maklumat/ laman web /Media sosial/ Multimedia, Success Story & Pelaporan Tahunan beserta ahli-ahlinya yang telah bersungguh-sungguh membantu menyiapkan laporan tahunan 2021 ini. Semoga kerjasama dan permuafakatan yang jitu dalam kalangan warga terus konsisten demi melonjakkan nama IPGK PM dalam semua aktiviti dan program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. In sha Allah.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.


Datin Dr. Hajah Norshidah binti Abu Husin DSM
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu